Debaran memuncak: Milik siapa trofi Piala FA 2015?
- Jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah (dua kanan) bersama Jurulatih Lions XII Fandi Ahmad (dua kiri) menunjukkan isyarat bagus pada sidang media mesyuarat pasukan pengurus pasukan menjelang final Piala FA 2015 di Stadium Bukit Jalil, semalam. - Foto Bernama
MALAM ini adalah penentu pasukan mana yang bakal menjulang trofi Piala FA 2015 yang menyaksikan Kelantan bertemu Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ibarat ‘pertembungan dua negara’ yang sentiasa bermusuhan dalam bola sepak, aksi The Red Warriors menentang Lions XII FC bagaikan satu perlawanan akhir penuh klasik yang menjadi impian ramai pemerhati dan peminat bola sepak tempatan.
Pasukan mana lebih berhak menjulang trofi edisi ke-26, itu bergantung sejauh mana Ketua Jurulatih Kelantan, Mohd Azraai Khor dan rakan sejawatannya, Fandi Ahmad menerapkan percaturan strategi serta disiplin taktikal terhadap pasukan masing-masing.
Kelantan yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir sementara Lions XII yang tidak dibarisi kudrat awang import berupaya melangkah ke pentas final selepas mengatasi Terengganu pada aksi separuh akhir penuh kontroversi.
Sebelum ini, kontroversi tercetus semasa perlawanan Lions XII menentang Terengganu apabila penyokong Terengganu dilaporkan menimbulkan kekecohan dengan merosakkan harta benda awam termasuk membakar sebuah ambulans kerana rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Mohd Amirul Izwan yang membatalkan jaringan keempat Terengganu menerusi tandukan Ahmad Nordin pada minit ke-89 kerana dikatakan berada pada kedudukan ofsaid.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada Kelantan dan wakil Singapura, Lions XII bagi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

0 orang berkata:
Post a Comment