Ahli-ahli PAS mesti 'terjun' ke dalam masyarakat
- Butiran
- Diterbitkan: 30 Jun 2015
- Ditulis oleh Dato' Iskandar A. Samad
Ahli-ahli PAS adalah diingatkan agar tidak hanya menumpukan perhatian kepada program-program dalaman sahaja.
Walaupun program-program pembinaan dan pengukuhan ahli teramat penting tetapi jangan pula rakyat dilupakan.
Program-program yang khusus untuk rakyat
perlu sentiasa dianjurkan. Atau program-program yang inklusif yang
membolehkan masyarakat turut bersama.
Mereka tidak seharusnya "syok sendiri"
jika program-program dihadiri oleh begitu ramai ahli tetapi kurang
mendapat perhatian daripada masyarakat.
Ahli-ahli mesti "terjun" ke dalam masyarakat. Merasai keperitan yang dilalui mereka. Memahami hasrat dan keperluan mereka.
Tidak hanya sekadar menganjurkan program-program "touch and go" yang semata-mata bertujuan untuk mendapat "political mileage".
PAS adalah juga parti dakwah. Dakwah bukan hanya kepada ahli-ahli tetapi kepada seluruh rakyat.
Islam adalah rahmat untuk semua. PAS
juga mesti menjadi rahmat untuk semua. Bukan sahaja untuk orang PAS dan
orang Islam tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa
dan agama.
Terutamanya di dalam bulan Ramadhan di
mana rahmat Islam mesti dirasai oleh semua. Sesuai dengan Ramadhan
sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat.
Oleh itu, PAS mesti menjadi parti
inklusif bukan parti eksklusif. Ia mesti memberi peluang kepada semua
untuk beperanan. Mengambil kira pandangan semua dan bukan pandangan
ahli-ahli dan kelompok tertentu sahaja.
Tidak hanya terpesona dengan
pujian-pujian tetapi mengiktiraf realiti suasana politik masakini.
Berusaha untuk menangani semua cabaran agar PAS terus unggul di dalam
persada politik tanah air.
Dato' Iskandar A. SamadNaib Presiden PAS
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
30 Jun 2015
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
30 Jun 2015
0 orang berkata:
Post a Comment