Sebahagian dari ahli politik kecewakan rakyat?
SHAH ALAM – Pilihan raya umum akan datang yang dinanti rakyat Malaysia
dilihat sebagai titik perubahan untuk negara ini sebelum perubahan
menyeluruh berlaku.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan persoalan, apakah harapan ini dapat dijelmakan dalam kemelut semua parti politik yang ada?’ dan ‘apakah ahli politik adalah sebahagian daripada mereka yang akan mengecewakan harapan rakyat ini?.
“Bagi mencapai hasrat tersebut, kita perlu kembali kepada sistem Rabbani dan ia mesti diurus oleh agen perubahan yang rakyat inginkan. Pelaksana yang ada mesti ditukar. Parti yang menerajui negara dan kepimpinannya perlu ditukar.
“Namun apakah sistem yang akan diteruskan nanti masih dengan sistem dan dasar yang sama? Kalau begitu apa jaminan bahawa negara tidak akan berhadapan dengan kemelut yang sama. Ia mungkin akan berubah dan kelihatan baik dalam tempoh tertentu, namun akhirnya ia akan kembali kepada kerosakan semula. Kalau inilah yang terjadi kita hanya menukar sistem jahiliah dengan satu bentuk jahiliah baru,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, cabaran besar yang dihadapi bukanlah menumbangkan sistem yang korup tetapi meyakinkan agar perubahan tersebut kembali kepada sistem Islam yang di turun oleh ALLAH untuk membina kemakmuran, keharmonian dan kebaikan ummah dan negara.
Jelasnya, negara kini bergelumang dengan pelbagai kemelut sama ada politik , ekonomi, sosial serta hilangnya jati diri Muslim dalam mengejar arus kemajuan dunia.
Tambahnya, kemelut yang melanda negara bukan hanya akan selesai dengan pertukaran pemimpin atau parti yang akan memerintah sahaja.
“Sebaliknya apa yang penting apakah dasar yang akan dilaksanakan di sebalik perubahan yang dikehendaki itu,” katanya.
1 orang berkata:
SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB
Post a Comment