SHAH ALAM - Pas menyifatkan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam
 Musa mula berubah sikap sejak tidak lagi menjadi 'orang penting' dalam
 parti ditambah pula selepas tewas dalam pemilihan lalu.

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata,

 sebelum ini Husam tidak pernah menjadi penyerang parti namun kini
 lantang mengkritik.

"Sejak bila Husam jadi penyerang Kerajaan Pas Kelantan? Pernah dia

 berbuat demikian sebelum ini?

[ARTIKEL BERKAITAN: Husam dedah niat Abdul Hadi?]

[ARTIKEL BERKAITAN: Ingatan buat Husam: Gaji wakil rakyat hak

 rakyat]

"Sejak Allahyarham Tok Guru Nik Aziz tidak menamakan Husam sebagai

 Menteri Besar Kelantan menggantikan beliau. Sejak Tok Guru Nik Aziz 
merestui keputusan agar Husam tidak lagi menjadi exco kerajaan Kelantan.

"Sejak Tok Guru Nik Aziz tidak lagi termakan dengan percubaan melaga

-lagakannya dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas).

"Sejak beliau kalah pemilihan di muktamar. Sejak itu Husam berubah,"

 katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini Husam dilihat menyindir kerajaan Kelantan yang menaikkan 

elaun wakil rakyatnya tanpa memikirkan keadaan ekonomi rakyat ditambah
 masih ada beberapa tunggakan yang belum dilunaskan.

Terbaharu, Husam mendedahkan pula kononnya Presiden Pas, Datuk Seri 

Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan
 Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Ahmad Amzad dalam kenyataan sama berkata, pihaknya tidak tahu tujuan

 serangan Adun Salor itu yang masih ahli Pas terhadap Kelantan sedangkan
 beliau adalah sebahagian daripada masalah yang berlaku itu.

"Saya tak tahu apa tujuan Husam. Dia menyerang kerajaan Pas Kelantan

 hingga orang Umno pun bertepuk tangan. Sedangkan dia adalah sebahagian
 dari kerajaan dan sebahagian dari masalah yang telah berlaku.

"Dia menyerang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang cuma 

mewarisi pentadbiran sebelumnya. Masalah yang Husam bangkitkan itu berlaku
 sejak Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar dan orang yang paling diberi
 kepercayaan oleh Allahyarham adalah Husam sendiri.

"Projek-projek yang bermasalah sekarang, ada 'kelibat' Husam di sebaliknya.

 Seperti sindiran wakil rakyat Umno di sidang Dun Kelantan yang menyebut
 'kambing jamnapari...dia! Kelantan Golden Trade..dia!, lebuh raya...dia!',"
 katanya.

Tindakan Husam itu dilihatnya seperti Parti Amanah Negara (Amanah) dan 

DAP yang mensabotaj Pas.

"Dia bukan lagi mempertahankan kerajaan Pas tapi bekerja kuat untuk hasut 

rakyat agar hilang keyakinan kepada Pas. Dia bertindak sama saja seperti 
Amanah mensabotaj Pas.

"Amanah bertindak sama saja seperti DAP mensabotaj Pas. Husam bertindak 

sama saja seperti DAP yang mendokong Amanah.

"Umno serang Pas, DAP serang Pas, Husam serang Pas. Di Kelantan, jatuhnya

 Pas, yang naik bukan Amanah dan bukan DAP. Jika bukan Pas, yang naik adalah 
Umno," katanya.

Katanya lagi, rakyat kini dapat melihat dengan jelas kelompok pengkhianat yang 

tidak betul pemikirannya dan penuh dengan 'penyakit'.

"Mulut berkata mahu jatuhkan Umno tetapi tindakan mereka memberi nyawa 

kepada Umno. Mulut berkata mahu perjuangkan rakyat tapi tindakan mereka 
tidak matang dan tidak bertanggung jawab sehingga menjadikan politik satu 
sarkis yang mengheret rakyat dengan keputusan keputusan yang menyusah 
dan meresahkan rakyat.

"Mengaku berjuang Islam tetapi bersekongkol dengan yang mengambil sikap

 anti perjuangan Islam," katanya.