Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAHNIAH ! ZAHID SUDAH ADA KEKUATAN MEMBELA KALAM TUHAN

 
TPM arah Khalid buru individu hina agama
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
 
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil apa jua tindakan terhadap individu yang menghina agama walaupun berada di luar negara. 
 
Tanpa menamakan individu tersebut, Ahmad Zahid berkata, tiada kompromi diberikan kepada sesiapa sahaja sama ada berada di dalam atau luar negara kerana menghina agama.

"Tindakan individu tertentu termasuk mengoyak al-Quran dan mengunakan helaian kitab suci itu untuk mengelap najis adalah satu penghinaan dan tindakan kurang ajar."

Ahmad Zahid turut mengingatkan inovasi dan kebebasan bersuara tidak seharusnya dijadikan medium untuk menghina agama.

"Kita ada pegangan agama dan tatasusila, kita hormati agama dan bangsa lain," ujarnya.

Ahmad Zahidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya menghargai perbezaan pendapat, namun perlu menghormati sesama yang lain.

"Tindakan tersebut cross the line. Mungkin ada yang viralkan ucapan saya ini dan individu tersebut jawab dengan bahasa jijik, saya tidak peduli," katanya pada Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri, sebentar tadi.


Sebelum ini, negara kembali digemparkan dengan perbuatan blogger kontroversi, Alvin Tan yang mengoyakkan al-Quran dan menggunakan helaian itu untuk mengelap najisnya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

bila dah nak berpeluk dgn umno, mulalah puji bekas musuh kamu. lepas ni mungkin najib pun panggil ustaz!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.