Harga getah: 'Tolong ringankan beban kami'
BALING - Akibat kejatuhan harga getah melampau, masyarakat yang
mengharapkan pendapatan sepenuhnya sebagai penoreh getah perlu menerima
kenyataan bahawa mereka kini berdepan dengan masa depan tidak menentu
dan tergolong dalam miskin tegar.
Apa tidaknya, dalam keadaan kegawatan ekonomi dan kenaikan harga
barang, rata-rata masyarakat di Baling yang majoritinya penoreh getah
pastinya begitu terkesan dengan kejatuhan mendadak harga komoditi itu.
Perkara itu dapat dibuktikan berdasarkan sumber Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) Baling yang mendedahkan permohonan bantuan sara hidup
meningkat dari 10 peratus kepada 30 peratus sejak kebelakangan ini
gara-gara tidak lagi berupaya bergantung kepada getah.
Lebih membimbangkan, paras harga sekilogram getah di Malaysia masih
belum berupaya untuk mencecah harga sekilogram gula, sekaligus
menimbulkan persoalan apakah nasib penoreh di negara ini akan berakhir
tanpa pembelaan sewajarnya?
Dalam laporan beberapa portal berita minggu lalu, mereka mendakwa
negara jiran khususnya Thailand, negara dihimpit masalah politik
melibatkan pilihan raya umum dan konflik senjata di selatan masih
berupaya meletakkan paras harga getah yang selesa untuk rakyatnya.
Laporan itu menyebut paras harga getah jenis getah skrap (Cup Lump)
untuk sekilogram di Thailand dilaporkan mencecah melebihi RM4 untuk mata
wang negara ini.
Untuk rekod harga lebih RM4 di Thailand tersebut adalah bagi kandungan
getah kering (DRC) yang mengandungi 100 peratus manakala di Malaysia
harga RM2.20 adalah bagi DRC untuk 50 peratus.
Apapun maka tidak hairanlah sekiranya topik harga getah selalu menjadi
bahan bualan masyarakat di setiap warung kopi dengan
membanding-bandingkan nasib mereka dengan nasib penoreh dari negara
lain.
Beberapa penoreh getah yang ditemui Sinar Harian sekitar daerah ini
melahirkan kebimbangan terhadap nasib yang sedang mereka hadapi.
Abdul Kori Ahmad, 45, berkata, dia tiada pilihan lain selain melakukan
dua pekerjaan dalam satu masa bagi memastikan sumber makanan kepada
keluarga mencukupi.
Menurutnya, jika tidak berbuat demikian, dia terpaksa berhentikan dua
anaknya yang bersekolah kerana pendapatan getah tidak lagi relevan.
“Disebabkan harga getah jatuh merudum, saya terpaksa berkorban masa
menjadi pengawal keselamatan di sebuah sekolah bagi menampung
pendapatan.
“Setiap hari bekerja, saya akan keluar ke kebun terlebih dahulu untuk
menoreh seawal jam 4 pagi dan pulang untuk mandi, solat subuh dan
seterusnya terus ke tempat kerja,” katanya.
Ibrahim Yahya, 60, berkata, menoreh getah adalah sumber pendapatannya
sejak 40 tahun lalu dan sehingga hari ini nasibnya masih tidak berubah.
Katanya, penoreh getah yang mengambil upah lebih tertekan berbanding
mereka yang mempunyai pokok sendiri kerana pendapatan yang tidak
seberapa itu perlu dibahagi dua.
“Saya dan isteri mengambil upah menoreh pokok orang dalam 700 pokok.
Pendapatan bersih kami hanya RM250 selepas keuntungan dibahagi dua,
dengan kejatuhan harga getah benar-benar menyakitkan,” katanya.
Zakaria Ahmad, 53, pula berkata, dia langsung tiada wang simpanan bagi
kegunaan di hari tua disebabkan harga getah jatuh mendadak.
Menurutnya, hasil wang menoreh hanya cukup untuk membeli bahan makanan
untuk keluarga dan langsung tidak boleh disimpan atau diberikan kepada
anak untuk belanja sekolah.
“Orang kampung dah merajuk dengan kerajaan, orang atasan tidak merasa
betapa sakitnya hidup sebagai penoreh. Jika harap bantuan kerajaan
memang tidak cukup, kerajaan hanya salurkan baja susu sebaliknya baja
getah kami terpaksa beli sendiri, satu kampit baja getah sahaja sudah
cecah RM100, saya nak makan apa?,” katanya.
Bagi Abd Karim Hussain, 36, hidupnya cukup terhimpit memandangkan harga getah begitu membebankan dia sekeluarga.
Menurutnya, nilai harga getah pada masa kini terlalu rendah dan ianya
tidak sewajarnya berlaku di sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi.
“Teruk sangat harga getah sekarang, saya harap wakil rakyat turun tengok kesusahan rakyat,” katanya.
Tegasnya, kerajaan perlu mencari alternatif terbaik bagi memulihkan
ekonomi penoreh seandainya tetap tidak mahu menaikkan harga getah.
Shah Kalid Ahmad, 62, pula berkata, antara faktor penoreh tidak
mendapat banyak hasil adalah disebabkan musim hujan, kemarau dan musim
daun luruh. Menurutnya, susu getah sukar diperoleh ketika ketiga-tiga
musim itu dan ia menyebabkan pendapatan penoreh lebih terjejas teruk.
“Keadaan ini merunsingkan kami, sudahlah sukar menoreh pada waktu tertentu, harga pun jatuh,” katanya.
1 orang berkata:
michael kors uk outlet
nba jerseys
coach outlet online
michael kors outlet online
moncler jackets
coach outlet store
ugg boots uk
ferragamo shoes
ugg outlet uk
nike outlet factory
tods shoes
oakley sunglasses sale
ferragamo outlet
hollister uk
tory burch outlet online
michael kors outlet online
babyliss pro
fitflops clearance
michael kors online outlet
burberry outlet sale
mm0114
Post a Comment