Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN SIMPAN GUNTING DALAM LIPATAN

Husam berdepan tindakan pecat kerana cabar parti
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi
 
KUALA TERENGGANU - Bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa berdepan tindakan digantung atau dipecat daripada parti itu berikutan tindakannya mencabar dan mengkritik Pas. 
 
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti supaya memanggil Husam dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

"Perkara ini kita serahkan kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan. Bentuk tindakannya kita serah kepada jawatankuasa disiplin, tetapi tidak lari daripada beri amaran, digantung atau dipecat," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat Penyelaras Parlimen Pas Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan Husam bahawa usaha Abdul Hadi membawa usul Hudud di Kelantan tanpa merujuk parti terlebih dahulu sebagai satu tindakan pramatang, presiden Pas itu berkata beliau lebih berpengalaman daripada Husam dan telah lama menyertai parti berkenaan.

"Saya menyertai Pas sejak 1963. Isu hudud (timbul) sejak tahun kita mencapai kemerdekaan pada 1957 dan ia tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Saya bukannya main politik (mengenai isu hudud).        

"Masa (pelaksanaannya) akan tiba. Dia (Husam) masuk parti sejak tahun 80-an dan ini (hudud) adalah isu lama," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata Pas akan meletakkan calonnya bertanding bagi 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

"Calon telah ada dan Insya-ALLAH, sekurang-kurangnya kita akan usahakan untuk menang satu kerusi di Sarawak," katanya. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Pecat la kalau berasa husam tu salah,,hgpa semua benar,,

Anonymous said...

Pas takut nak pecat Husam kerana pengaruh Husam sgt besar.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.