DAP tak mahu Pas jadi ketua
KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
mendedahkan kelantangan DAP menentang Pas bukan sahaja disebabkan isu
hudud semata-mata.
Menurutnya, DAP sebenarnya tidak mahu Pas menjadi ketua dalam mentadbir negara di masa hadapan.
“DAP ini kenapa serang sangat, sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di
dalam (penjara). Dia (DAP) tidak boleh terima kalau Pas jadi ketua.
Sebab itu saya kata ada perkara lain.
“DAP ini tidak setuju Pas bawa hudud ke Parlimen. Hudud ini kita mahu
buat dan Kelantan sudah menang berapa puluh tahun dah. Bila ada ruang
kena bawa lah. Bawa sebab kewajipan,” katanya ketika sesi soal jawab
beliau bersama penyokong parti, di JKR 10, semalam.
Dalam masa yang sama belia menegaskan 'Langkah Kajang' merupakan punca
pertama yang menyebabkan krisis melanda Pakatan Rakyat sekali gus
menyebabkan DAP menyerang Pas.
“Kita akui tiada sebab untuk tukar Tan Sri Khalid Ibrahim, tiba-tiba
tanpa perbincangan mahu tukar, Pas seperti yang diketahui tidak setuju
dan berlaku percanggahan sehingga DAP menyerang Pas,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang medianya ketika diminta mengulas mengenai
tindakan Amanah yang didakwa menyerang Pas Kelantan sejak kebelakangan
ini, Tuan Ibrahim berkata legasi peninggalan arwah Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat mesti diteruskan jika benar rakyat sayangkan negeri ini.
“Kalau kita sayang kerajaan negeri yang dipimpin oleh tok guru, kita
kena pertahankan legasi ini. Kalau serang Kelantan dan hilang Kelantan,
maka hilanglah legasi arwah tok guru.
“Hak dia (Amanah) nak sokong mana pun tapi untuk pertahankan konteks
Pas di Kelantan maka kita pakat dukung legasi Pas di sini. Kalau mahu
tumbangkan BN, kita kena cari tempat yang mana kita boleh menang,”
katanya.
4 orang berkata:
Tak payah beri alasan macam dan berulang-ulang, yang pasti selepas keluar dari Pakatan adakah PAS telah menjadi ketua? Adakah hudud sudah dilaksanakan di Kelantan?
adakah asyraf wajdi yg mewakili umno sokong perlaksanaan hudud? brp kali nak kena kencing da....
siapa yang kafir
jangan pernah kafirkan orang tanpa sebab jelas
Post a Comment