Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANYA MENTERI INI MEMPUNYAI PERASAAN KASIH SAYANG ?

Tangani isu Muhyiddin, Mukhriz dengan kasih sayang
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berpendapat parti perlu menggunakan pendekatan 'kasih sayang' dalam menangani isu anggota dan kepimpinan parti yang menandatangani deklarasi bagi menyokong penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berpandangan tindakan menghukum atau mengetepikan mana-mana pihak tidak akan menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu parti.

"Kalau kita ketepikan mana-mana pihak, pasti tidak selesai masalah, nak selesai kita kena ambil pendekatan 'kasih sayang'.

"Yang lain serahkan pada agensi yang bertanggungjawab mengadilinya. Kalau rakyat semua jadi hakim, (akan timbul)  masalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama, Parlimen ke-13, di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan segelintir ahli dan pemimpin Umno yang mahu tindakan pecat diambil ke atas Ketua Umno Bahagian Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang menandatangani deklarasi itu yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu.   

Ditanya mengenai usaha menggulingkan Najib sebagai presiden Umno dan perdana menteri, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata perkara tersebut hanya boleh dibuat melalui proses demokrasi di Parlimen.

"Kena ingat ini negara demokrasi berparlimen, jadi yang boleh jatuhkan PM (perdana menteri) itu di Parlimen. Dalam parti, parti boleh buat keputusan mengenai presiden," katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan terhadap anggota parti yang telah menandatangani deklarasi itu hanya boleh diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT).

"Saya secara peribadi telah menerima bermacam-macam desakan daripada akar umbi supaya tindakan diambil terhadap kumpulan ini, tetapi hakikatnya, MT yang perlu buat keputusan," kata Menteri Pertahanan dan anggota Parlimen Sembrong itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan setakat ini tiada keperluan untuk  membubarkan Parlimen.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata, rakyat dan ahli Parlimen  masih lagi mempercayai kepimpinan Najib selaku perdana menteri, dan pentadbiran serta ekonomi negara masih teratur berbanding negara-negara lain.

"Pada masa sekarang pun apa yang berlaku belum mengatakan negara ini dalam kucar kacir (yang) memerlukan dewan dibubarkan dan mengadakan pilihan raya," katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shapie Apdal pula berkata, MT perlu meneliti secara mendalam gesaan supaya tindakan daimbil terhadap pemimpin dan anggota parti yang menyertai 'deklarasi Mahathir' sebelum membuat sebarang keputusan.  

Beliau yang mengakui menyokong deklarasi itu, namun belum menandatanganinya berkata walaupun MT mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan hukuman namun ia perlu melalui proses tertentu sebelum keputusan diambil.

"Umno ada jawatankuasa disiplin, serendah-rendah jawatan dalam Umno jika mahu diambil tindakan perlu diteliti,  dipanggil dan disiasat terlebih dahulu.

"Bukan hanya MT mengemukakan pandangan kepada Setiausaha Agung dan kemudian jatuh hukum begitu sahaja, harus mengikut peraturan sepatutnya," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

Unknown said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.