Umno Gopeng gesa lucut jawatan Tun M dalam GLC
IPOH - Umno Bahagian Gopeng menggesa kerajaan segera melucutkan kesemua
jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
iaitu Pengerusi Proton Holdings Bhd, Penasihat Petronas dan Pengerusi
Yayasan Kepimpinan Perdana.
Ketuanya, Datuk Hamzah Mohd Kasim berkata, tindakan itu perlu diambil
susulan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang bersekongkol dengan
pembangkang untuk kepentingan peribadi.
“Kami amat kecewa sekali dengan tindakan Mahathir, (Tan Sri) Muhyiddin
(Yassin), (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) dan bekas Ketua Wanita Umno
Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang menandatangani deklarasi itu,” katanya
dalam sidang media, di sini, semalam.
Menurutnya, beliau sebelum ini pernah menyuarakan cadangan supaya
Mahathir dan Muhyiddin dipecat daripada Umno kerana secara terbuka
menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Pada Perhimpunan Umno lalu saya dah suarakan perkara ini tapi bila
saya sentuh isu ini, saya pula disorak hanya kerana minta diambil
tindakan terhadap individu terbabit," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata Umno Bahagian Gopeng mahu Majlis
Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan ke atas
pemimpin Umno yang menyertai pembangkang dalam Deklarasi Rakyat.
“Mereka jelas ini sesuka hati cuba melemahkan parti malah mereka
dilihat tidak menghiraukan perlembagaan serta peraturan etika parti.
“Penyertaan mereka dalam deklarasi menyingkirkan Perdana Menteri memang tak boleh dimaafkan, mereka sudah melampau," katanya.
Sementara itu, Umno Bahagian Larut menyifatkan ahli Umno yang
menandatangani deklarasi itu sebagai ‘duri dalam daging’ dan mahu Majlis
Tertinggi dan Jawatankuasa Disiplin Umno mengambil tindakan tegas
terhadap mereka.
Ketuanya, Faizul Arby Mohd Shohor berkata, ini kerana tindakan mereka
itu bukan sahaja akan menjejaskan parti, malah kestabilan negara.
“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dan kita akan bekerja keras
bagi memastikan parti Umno terus kukuh dan berkuasa di tanah air demi
membela nasib bangsa, agama dan negara,” katanya.
Faizul Arby berkata, Umno Bahagian Larut menyokong penuh Najib untuk terus memimpin negara tanpa rasa takut dan curiga.
1 orang berkata:
Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG
KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D
Post a Comment