Tuntut Sabah: Wisma Putra panggil wakil Filipina
PUTRAJAYA - Wisma Putra hari ini memanggil wakil Filipina berhubung
tuntutan terhadap Sabah yang dibuat oleh calon Presiden Filipina,
baru-baru ini.
Kementerian Menteri Luar dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan
Konsul Besar Filipina di Malaysia Maria Antonina M.Mendoza-Oblena
dipanggil berhubung kenyataan itu.
Calon presiden berkenaan dilaporkan media tempatan, berikrar untuk
meneruskan tuntutan sempadan negara berkenaan ke atas Sabah, sekiranya
beliau dipilih sebagai presiden semasa pemilihan, pada 9 Mei depan.
"Kerajaan Malaysia ingin menegaskan pendirianya bahawa Malaysia tidak
mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana
pihak ke atas Sabah," menurut kenyataan itu.
Sabah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat
antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak 16 Sept 1963. -
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment