Tindakan ke atas ahli Umno terlibat belum dibincang
IPOH - "Tindakan ke atas ahli Umno yang menandatangani deklarasi rakyat
menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana
Menteri belum dibincangkan," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno berkata, Majlis Tertinggi
Umno juga belum berbincang sama ada wujud keperluan untuk mengadakan
mesyuarat tergempar berhubung perkara itu.
"Kami tidak pernah berbincang mengenainya," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan persidangan serentak Umno cawangan dan pergerakan
Wanita, Pemuda dan Puteri negeri Perak di sini, hari ini.
Pada Jumaat lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir
adalah antara 50 orang yang menandatangani deklarasi rakyat menyokong
penyingkiran Najib, diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
[ARTIKEL BERKAITAN: Deklarasi Rakyat tuntut Najib undur]
Penandatanganan lain termasuk Lim Kit Siang daripada DAP, Menteri Besar
Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling
Liong Sik.
Ahmad Zahid turut menyelar dakwaan Mukhriz bahawa deklarasi itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), sebaliknya dibuat hanya untuk menggantikan Najib dengan perdana menteri lain.
Ahmad Zahid turut menyelar dakwaan Mukhriz bahawa deklarasi itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), sebaliknya dibuat hanya untuk menggantikan Najib dengan perdana menteri lain.
Beliau menegaskan deklarasi itu boleh mengganggu-gugat sesebuah negara
memandangkan perdana menteri adalah pemimpin yang dilantik untuk
memimpin kerajaan.
"Ini bukan tentang individu tetapi institusi yang menjadi kemuncak
kepimpinan yang membentuk kerajaan, dan jika ini diganggu-gugat, maka
akan tergugatlah seluruh negara.
"Pemimpin mewakili institusi, maka dalam hal ini semua pihak sama ada
dalam kepimpinan sedia ada atau tidak, perlu faham prinsip ini,"
katanya.
Ahmad Zahid menegaskan tindakan cuba menyingkirkan Najib menerusi
deklarasi tersebut mempunyai hikmah tersendiri, termasuk akan menguatkan
lagi sokongan anggota kepada perdana menteri, dan parti keramat orang
Melayu itu. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment