Muhyiddin akan bawa kes penggantungan pada ROS
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan bakal membawa kes penggantungannya dari jawatan nombor dua
parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Hal ini kerana beliau mendakwa penggantungannya itu dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno secara tergopoh-gopoh.
"Saya telah pun menyatakan penggantungan saya dibuat tidak mengikut
prosedur yang betul.
Contohnya, saya tidak diberikan sebarang surat
tunjuk sebab atas perkara-perkara yang melanggar disiplin. Saya juga
tidak dihadapkan kepada lembaga disiplin.
"Saya tidak diberi peluang yang adil untuk membela diri saya. Saya
anggap MT buat keputusan secara gopoh untuk menggantung saya dari
jawatan Timbalan Presiden. Jadi, saya akan kemukakan secepat mungkin
kepada ROS," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
0 orang berkata:
Post a Comment