'Siapa kata Pas hilang kuasa di Selangor?'
PUCHONG - Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Selangor, Dr
Che Rosli Che Mat kesal dengan tindakan Parti Amanah Negara (Amanah)
yang didakwa berterusan mengelirukan rakyat mengatakan Pas tidak lagi
terlibat dalam pentadbiran Kerajaan Selangor.
Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Hulu Langat berkata, pihaknya
terpaksa memperbetulkan ‘persepsi’ tersebut melalui program-program
dianjurkan bersama rakyat.
Katanya, Pas mempunyai 13 kerusi Dun dan tiga wakil rakyatnya menggalas
jawatan Exco di Selangor jadi tidak timbul soal Pas tidak terlibat
dalam pentadbiran.
“Saya kesal dengan tindakan pemimpin parti politik yang sama-sama
daripada kumpulan pembangkang juga dan hanya mempunyai dua kerusi di
Selangor tetapi selalu cuba ‘pusing’ cerita mengatakan Pas tidak lagi
signifikan di negeri ini,” katanya.
Tindakan itu katanya, menyebabkan ada rakyat terkeliru dan menyangka
hanya Pakatan Harapan (DAP,PKR dan Amanah) mentadbir Selangor.
Che Rosli meminta pemimpin parti tersebut menghentikan dakwaan yang
menyebut dan menuduh Pas tidak lagi signifikan kerana Adun dari Pas dan
Exco masih menjalankan tugas serta tanggungjawab kepada rakyat.
“Pemimpin parti ini sengaja timbulkan persepsi untuk nafikan kewujudan
Pas, sebelum ni DAP memang dah banyak kali minta Menteri Besar Selangor,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tendang kita (Pas) keluar, tapi kerana
kekuatan beliau (Azmin), Pas masih bertahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada Program
Semarak Hijau anjuran Pusat Khidmat Dun Seri Serdang, di Puchong Permai.
Che Rosli sebelum itu berkata, perlu diingat kembali mengapa Pas
mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat (PR) yang
ditubuh sebelum ini.
Katanya, kerjasama dijalin dengan semangat setia kawan sebelum ini terputus apabila tiba-tiba DAP menyerang presiden parti.
“Presiden adalah ketua dalam organisasi…kalau dia serang
Presiden…serang ‘ayah’ kita, tak akan kita tak marah, sebab itu ulama
ambil keputusan putus hubungan.
“Perbalahan berlaku dari segi politik sahaja, pentadbiran tak kacau,
malah menteri besar selalu sebut teruskan kerja demi kepentingan
rakyat,” katanya tindakan itu pernah menyebabkan DAP meminta Azmin
mengeluarkan Pas dari Selangor.
2 orang berkata:
Hanya orang bodoh saja yg percaya pan parti yg tak amanah dan ph a.k.a pakatan hancur.
MB Selangor tau muslihat DAP supaya PAS ditendang keluar. DAP akan lebih kerusi berbanding PKR, dan akhirnya DAP lebih menguasai Selangor. Faham2 sajalah apa tindakan DAP selepas itu.
Post a Comment