'Kalau saya dah lama pecat Muhyiddin, Mukhriz'
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor berkata, keahlian bekas Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir perlu dipecat dari parti.
"Cadangan peribadi saya...kalau saya, sudah lama saya pecat mereka,"
katanya dan mengambil perhatian bahawa Datuk Seri Mohamed Shafie Apdal
tidak hadir bersama di pentas pembangkang.
Tengku Adnan bercakap kepada pemberita di Parlimen di sini, semalam.
Beliau berkata Majlis Tertinggi Umno akan membuat keputusan mengenai
isu itu pada mesyuaratnya pada hujung bulan ini, dengan usul telahpun
dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin parti. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment