Amanah sebenarnya sangat mengharapkan pilihanraya diadakan bagi menguji perkembangan keahlian mereka dengan meletakkan calon terutama ditempat dimana PAS bertanding. Tujuannya ialah untuk menguji sejauh mana ia memperolehi sokongan disamping itu juga Amanah mahu tahu sejauh mana penghijrahan ahli PAS kepada parti tersebut
Di Sarawak mereka langsung tidak dapat mengatasi PAS namun mereka banyak mendapat sokongan daripada pengundi orang bukan islam, samalah keadaannya di Semenanjung, yang mana mereka sangat mengharapkan pengundi dari kalangan orang cina terutama DAP atau pengundi orang bukan islam dari PKR
Adalah modal moral yang paling besar kepada Amanah jika mereka meletakkan calon dan menang maka mereka akan berkata kemenangan mereka adalah hasil terlalu ramainya ahli PAS yang telah berhijrah kepada parti tersebut (amanah ganti PAS) . Orang melayu islam adalah terlalu sukar untuk membantu mereka, ini kerana dasar parti itu mungkin masih leberal sekular - Pak Karamu
Amanah kena sedar diri
KUALA TERENGGANU – Parti Amanah Negara (Amanah) diminta ‘sedar diri’
sebelum meletakkan calon pada PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai
Besar.
Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, jika
benar parti itu mahu menumbangkan BN, mereka tidak seharusnya mengganggu
Pas di kerusi tersebut lebih-lebih kedua-dua kerusi itu telah sedia
ditandingi Pas pada PRU13 lalu.
Menurutnya, Pas mempunyai tapak kukuh khususnya jentera dan sokongan di
peringkat akar umbi di kedua-dua kawasan berkenaan dan jika Amanah
bertanding, parti itu sudah tentu memberi keuntungan kepada BN, sekali
gus tidak memberi gambaran Amanah menyokong usaha menjatuhkan Umno dan
BN.
“Kalau Amanah bertanding, sokongan akan berbelah bahagi, sekali gus
beri kelebihan kepada BN. Jadi, kita harap Amanah sedar diri, itu kerusi
Pas. Walaupun itu demokrasi dan hak masing-masing untuk bertanding.
“Sepatutnya Amanah tidak boleh ganggu, itu kawasan Pas. Sesiapa boleh
bertanding tetapi untuk mengalahkan BN, kita kena hormatilah sesama
pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Mengulas mengenai calon, pihaknya akan menerima sesiapa sahaja yang
diketengahkan pimpinan parti di kedua-dua kerusi itu dan yakin calon
ditampilkan parti mempunyai ciri calon boleh menang.
Ariffin yang juga Adun Alor Limbat berkata, peluang untuk Pas menang di
kedua-dua kerusi terbabit adalah cerah terutama di Sungai Besar dengan
kemenangan tipis BN pada PRU13 lalu iaitu sebanyak 399 undi.
Beliau berkata, jika tiada penyertaan daripada mana-mana parti politik
pembangkang lain di kerusi tersebut, Pas tidak menolak kemungkinan
merampas kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Kedua-dua kerusi itu kita ada potensi untuk menang. Kita minta
lain-lain pembangkang beri peluang kepada Pas bertanding,” katanya.
Ditanya mengenai kemenangan besar BN di Sarawak yang mungkin memberi
kesan sedikit sebanyak kepada pengundi di kedua-dua PRK itu, Ariffin
berkata, ia memberi sedikit cabaran kepada Pas.
Bagaimanapun beliau tidak menolak bahawa isu-isu nasional dimainkan
dalam PRK sudah tentu lebih berjaya dibandingkan dengan PRK Sarawak.
“Isu nasional yang dimainkan, ia tidak sama dan perkembangan di Sarawak
dan tidak boleh dijadikan hujah (bukti sokongan) rakyat kepada BN.
Senario politik di kedua-dua tempat itu sangat berbeza,” katanya.
4 orang berkata:
Apa pula yang menjadi kerisauan PAS dengan Amanah meletak calon? Hanya parti semut jer
Pas sejati tak risau apa pun cuma puak sekular saja yg risau.
Pas sejati tak risau apa pun cuma puak sekular saja yg risau.
Post a Comment