'Dulu nak jatuhkan Najib, sekarang nak bunuh BN pula'
KUALA LUMPUR - Gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar Barisan Nasional
(BN) ditewaskan dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar
merupakan satu pakatan untuk menjatuhkan gabungan itu, kata Setiausaha
Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan berkata, bekas Perdana Menteri itu telah cuba menjatuhkan
Presiden Umno dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi
sekarang niatnya mahu menjatuhkan BN pula.
Tengku Adnan bercakap kepada pemberita di Parlimen di sini, semalam.
Beliau berkata, Umno tidak dapat menerima hal ini.
"Adalah amat jelas beliau kini bersama pembangkang dan beliau mahu membunuh parti," katanya.
Menurut laporan, Dr Mahathir membuat kenyataan itu pada satu majlis di Shah Alam pada Sabtu. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment