Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

apa motif amanah beria-ia nak letak calon ?

Amanah sebenarnya sangat mengharapkan pilihanraya diadakan bagi menguji perkembangan keahlian mereka dengan meletakkan calon terutama ditempat dimana PAS bertanding. Tujuannya ialah untuk menguji sejauh mana ia memperolehi sokongan disamping itu juga Amanah mahu tahu sejauh mana penghijrahan ahli PAS kepada parti tersebut
 
Di Sarawak mereka langsung tidak dapat mengatasi PAS namun mereka banyak mendapat sokongan daripada pengundi orang bukan islam, samalah keadaannya di Semenanjung, yang mana mereka sangat mengharapkan pengundi dari kalangan orang cina terutama DAP atau pengundi orang bukan islam dari PKR
 
Adalah modal moral yang paling besar kepada Amanah jika mereka meletakkan calon dan menang maka mereka akan berkata kemenangan mereka adalah hasil terlalu ramainya ahli PAS yang telah berhijrah kepada parti tersebut (amanah ganti PAS) . Orang melayu islam adalah terlalu sukar untuk membantu mereka, ini kerana dasar parti itu mungkin masih leberal sekular - Pak Karamu
 
 
 
Amanah kena sedar diri
Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman
Ariffin

KUALA TERENGGANU – Parti Amanah Negara (Amanah) diminta ‘sedar diri’ sebelum meletakkan calon pada PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, jika benar parti itu mahu menumbangkan BN, mereka tidak seharusnya mengganggu Pas di kerusi tersebut lebih-lebih kedua-dua kerusi itu telah sedia ditandingi Pas pada PRU13 lalu.

Menurutnya, Pas mempunyai tapak kukuh khususnya jentera dan sokongan di peringkat akar umbi di kedua-dua kawasan berkenaan dan jika Amanah bertanding, parti itu sudah tentu memberi keuntungan kepada BN, sekali gus tidak memberi gambaran Amanah menyokong usaha menjatuhkan Umno dan BN.

“Kalau Amanah bertanding, sokongan akan berbelah bahagi, sekali gus beri kelebihan kepada BN. Jadi, kita harap Amanah sedar diri, itu kerusi Pas. Walaupun itu demokrasi dan hak masing-masing untuk bertanding.

“Sepatutnya Amanah tidak boleh ganggu, itu kawasan Pas. Sesiapa boleh bertanding tetapi untuk mengalahkan BN, kita kena hormatilah sesama pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mengulas mengenai calon, pihaknya akan menerima sesiapa sahaja yang diketengahkan pimpinan parti di kedua-dua kerusi itu dan yakin calon ditampilkan parti mempunyai ciri calon boleh menang.

Ariffin yang juga Adun Alor Limbat berkata, peluang untuk Pas menang di kedua-dua kerusi terbabit adalah cerah terutama di Sungai Besar dengan kemenangan tipis BN pada PRU13 lalu iaitu sebanyak 399 undi.

Beliau berkata, jika tiada penyertaan daripada mana-mana parti politik pembangkang lain di kerusi tersebut, Pas tidak menolak kemungkinan merampas kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Kedua-dua kerusi itu kita ada potensi untuk menang. Kita minta lain-lain pembangkang beri peluang kepada Pas bertanding,” katanya.

Ditanya mengenai kemenangan besar BN di Sarawak yang mungkin memberi kesan sedikit sebanyak kepada pengundi di kedua-dua PRK itu, Ariffin berkata, ia memberi sedikit cabaran kepada Pas.

Bagaimanapun beliau tidak menolak bahawa isu-isu nasional dimainkan dalam PRK sudah tentu lebih berjaya dibandingkan dengan PRK Sarawak.

“Isu nasional yang dimainkan, ia tidak sama dan perkembangan di Sarawak dan tidak boleh dijadikan hujah (bukti sokongan) rakyat kepada BN. Senario politik di kedua-dua tempat itu sangat berbeza,” katanya.

4 orang berkata:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Apa pula yang menjadi kerisauan PAS dengan Amanah meletak calon? Hanya parti semut jer

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Pas sejati tak risau apa pun cuma puak sekular saja yg risau.

Unknown said...

Pas sejati tak risau apa pun cuma puak sekular saja yg risau.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.