Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HU,HU,HU ABIH LE HANG MAT SABU OIII ! TU PASAI MAKAN BOLEH SAJA MAKAN CAKAP JANGAN SEBARANG CAKAP, LAIN KALI PAKAI AKAI

SHHHHH, MAT,LAIN KALI KALO MAHADHIR BUAT PERJUMPAAN HANG JANGAN DATANG, TAPI KALO HANG NAK DATANG JUGA HANG PI LA MENYOGHOK BAWAH POKOK PISANG, Pak Karamu


Sokong walau siapa calon janji BN kalah
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memenangkan calon yang melawan BN dalam pilihan raya kecil bulan depan.

Meskipun calon itu daripada Pas yang tidak bersamanya dalam Deklarasi Rakyat.


“Kita akan ada dua pilihan raya kecil tidak lama lagi. Kita akan mengundi dalam bulan puasa. Saya harap kita semua akan mengalahkan BN dalam PRK ini.


“Jangan ambil kira siapa yang melawan BN. Jangan kira siapa calon ini walaupun calon itu dari Pas... meski Pas bukan bersama kita (dalam Deklarasi Rakyat) tetapi yang utama ialah mengalahkan BN,” katanya ketika Majlis Bersama Pemimpin Deklarasi Rakyat, Selamatkan Malaysia di Stadium Malawati, malam tadi.


Menurutnya, pembangkang perlu memastikan pertembungan satu lawan satu dalam PRK itu nanti.


“Kita cuma nak satu parti, satu calon sahaja yang berlawan dengan BN kerana kita tahu kalau letak dua atau tiga calon seperti yang berlaku di Sarawak, undi pecah dan BN menang.


“Kita tahu kalau kita ada satu lawan satu, kita boleh tentukan kekalahan BN dengan mengundi seberapa banyak mungkin kepada calon yg melawan BN. Sebab itu kita kena bekerja keras untuk mengalahkan BN untuk tunjuk kepada Najib (Datuk Seri Najib Razak), rakyat tak lagi sokongnya,” katanya.


Beliau turut menyifatkan kemenangan besar BN di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu bukan kerana Perdana Menteri itu.


“Ini juga untuk membuktikan kemenangan di Sarawak itu bukan kemenangan Najib.


“Sebaliknya kemenangan itu kerana (rakyat) memikirkan kepentingan Sarawak semata-mata bukan sokongan kepada Najib,” katanya.


BN menang 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN Sarawak yang lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.