WARNO AMANAH MACHE PAKAYAN TOK SAMI TU OGHE SELANGOR DANG PERAK TAK SUKOOOO ! HUUUUU ALOH DEMOOO ! KESIANG ! - Pak Karamu
Tiga penjuru: Pas jangan salahkan Pakatan Harapan
KOTA BHARU - Pas tidak boleh menyalahkan Pakatan Harapan jika berlaku
pertembungan tiga penjuru di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana
ia adalah kesan daripada Pas sendiri yang bersikap angkuh dengan rakan
pembangkang lain.
Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan berkata, tambahan pula
pendirian Pas sekarang dilihat seolah-olah memihak kepada BN, yang suatu
ketika dahulu pada zaman Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
adalah seteru utama politik mereka.
“Demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia menerusi pilihan raya
menjamin semua parti yang sah berdaftar sebagai berhak bertanding.
“Pas kena terima hakikat bahawa akibat daripada keengganan Pas untuk
menyertai blok majoriti pembangkang iaitu Pakatan Harapan yang
dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah, maka Malaysia sekarang ada dua blok
pembangkang. Pakatan Harapan dan Blok Ketiga iaitu Pas dan Ikatan,”
katanya kepada Sinar Harian.
[ARTIKEL BERKAITAN: Khalid saran Pas berunding, jangan gentar tiga penjuru]
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang berkaitan peringatan kepada parti lain yang mahu
meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar
mengukur baju di badan sendiri.
Abdul Hadi berkata, Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di dua
kawasan itu dan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi tersebut.
Menurutnya, Pas mengumumkan blok ketiga selepas Pakatan Harapan
diumumkan, maka Pas perlu berlapang dada dan ke meja rundingan bukan
masuk PRK dengan beremosi.
Beliau berkata, sepatutnya pemimpin perlu hormati hak rakyat untuk buat
keputusan parti mana yang terbaik, dan inilah demokrasi yang diamalkan
di Malaysia.
“Dalam negara demokrasi, semua orang berhak untuk mengukur baju di
badan sendiri. Mungkin baju itu tak muat untuk dipakai sekarang, namun
siapa tahu akan datang baju itu sudah boleh dipakai, sesuai malah lebih
cantik,” katanya.
4 orang berkata:
Cop bendera pink ada bulat putih kat tengah pun ok gak. Suka warna tu penuh makna tersirat.
Tuan orang Terengganu. Tuan ialah Ahli Parlimen Marang. Tuan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang. Tuan ialah Presiden PAS. Bila berlaku krisis yang melibatkan politik negeri Terengganu, tuan hanya menjadi batu yang keras dan kaku, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tetapi bila berlaku krisis yang melibatkan politik negeri Selangor, negeri yang diperintah oleh PKR, tiba-tiba presiden PAS meloncat-loncat macam ulat beluncas mahukan supaya Khalid Ibrahim dikekalkan. Padahal, Khalid Ibrahim ialah adun PKR.
Pasal apa yang jadi sampai macam tu, tuan? Ada ‘permainan’ apa yang tuan nak sorokkan, sebenarnya? Permainan apa pula yang tuan nak tunjukkan?
Tak ada permainan apa pun.. sekadar hendak berlaku adil pada setiap insan.. jgn jadi macam kes di Selangor.. apa yg tak dikata atau dituduh kpd TSKI oleh PKR.. tapi akhirnya Nasarudin Nasution dan rafizi mohon maaf di mahkamah menarik balik segala tuduhan palsu yg telah dibuat..
TGHH ternyata seorang yg amat berhemah..
Permainan anda hanya menyodol tak kira halal haram, janji menang dan dapat kuasa. Anda dah tunjukkan sifat tamak dan tak boleh terima kebaikan org lain, lebih2 lagi sesuatu yg baik dilakukan oleh musuh anda. Sebaliknya, sehodoh mana sekutu anda lakukan, anda tak terkesan pun, anda anggap baik semuanya.
Post a Comment