Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Oppp ... ? tiada masalah? ni warna orang dalam penjara punya warna la mat oi, tak da masalah ? samipun pakai warna ni, tak de masalah ?

Sama-samalah' kita ukur baju di badan sendiri
Mat Sabu: Sama-samalah kita ukur baju di badan sendiri
Mohamad Sabu bercakap pada sidang media di ibu pejabat Amanah, hari ini. - Foto Sinar Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SELAYANG - "Sama-samalah kita ukur baju sendiri. Kalau kita hendak buat baju warna pink ukurlah warna pink tiada masalah itu."

Demikian tutur Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu tatkala diminta mengulas ‎mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan agar mana-mana parti yang mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar mengukur baju di badan sendiri.

Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai merujuk kepada hasrat Amanah yang mahu bertanding pada PRK sama ada di Parlimen Sungai Besar atau Kuala Kangsar.


Menurut Abdul Hadi, Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di kawasan tersebut dan akan meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi tersebut.

“Sepatutnya semua pihak yang mahu perubahan di negara ini menghormati kedudukan Pas. Jangan nak berebut.

“Pas berpijak di bumi nyata di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Sepatutnya mereka (parti yang mahu bertanding) mengukur baju di badan sendiri,” katanya kepada media, semalam.

Ketika ditanya adakah beliau atau Timbalannya, Salahuddin Ayub akan bertanding di mana-mana kerusi PRK, Mat Sabu berkata, perkara itu belum diputuskan lagi.

"‎Kami belum putuskan siapa calonnya, tunggu mesyuarat Pakatan Harapan, kerana bagi kami siapa-siapa sahaja boleh menjadi calon.

"Kami dalam PH usaha agar tiada pertindihan calon seperti berlaku di Sarawak  selain itu PH tiada  upaya untuk kendalikan parti-parti lain supaya jangan  bertanding,"katanya ‎pada sidang medianya di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini.

‎Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Wan Muhammad Khair-il, daripada Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi, manakala Noriah mengekalkan kerusinya setelah mengalahkan calon Pas, Mohamed Saleh M Hussain dengan 399 undi.

8 orang berkata:

Unknown said...

Kalau nak buat warna oren pun boleh.. janji jgn laga dada..

Anonymous said...

Gapo gak pok kore mu...

Anonymous said...

Hadi kan pernah naik sepentas dgn najib pakai pink. Lagi baik warna oren daripada warna pink. Sekurang2nya mat sabu luar dlm warna oren tapi hadi dlm hijau tapi kat luar biru pink semua hado. Mcm barua.

Anonymous said...

Hadi kan pernah naik sepentas dgn najib pakai pink. Lagi baik warna oren daripada warna pink. Sekurang2nya mat sabu luar dlm warna oren tapi hadi dlm hijau tapi kat luar biru pink semua hado. Mcm barua.

Anonymous said...

Harimau tamil eelam pun suka warna hijau.

Anonymous said...

Aman razali at-pukiri cakap taknak serang umno dlm prk sg. besar. Kami nak lawan umnobn, kami taknak bergantung harap dari pas. Pas nak berbaik baik dgn bn silakan.

Anonymous said...

Selagi hadi ada, selagi itu la pas akan kalah.

Unknown said...

Utk makluman tuan2.. rekod baru pilihanraya Malaysia telah tercipta jua.. yg mana undi rosak melebihi jumlah utk seorang calon bertanding.. Di manakah tempat itu?

Di BETING MARO!!!

Ni nak bgtahu..

Jumlah undi rosak - 104

Jumlah undi PAN - 103

Kalau PAS, pasti tahu rasa malu.. tapi jadi khodam DAP pun tak pernah rasa malu.. bangga lagi ada..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.