Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGARAH PILIHANRAYA

Pas lantik Idris Ahmad Pengarah PRK
Idris Ahmad
Idris Ahmad

IPOH - Pas melantik Naib Presidennya, Idris Ahmad sebagai Pengarah PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dilantik atas persetujuan semua pihak.

Katanya, Pas Perak mengalu-alukan pelantikan itu dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kemenangan milik mereka.

“Kita sudah bersiap sedia dari segi kekuatan mental, fizikal dan rohani. Insya-ALLAH, segala-galanya akan berjalan dengan baik.

“Pas akan mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa dalam tempoh terdekat bagi membincangkan gerak kerja jentera dan sebagainya sebagai usaha memenangi PRK kali ini,” katanya.

Ditanya mengenai pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Pengarah PRK Parlimen Kuala Kangsar bagi BN, Razman menganggap ia bukan sesuatu yang luar biasa.

Katanya, memang menjadi kelaziman jawatan Pengarah PRK akan dilantik dalam kalangan individu yang memegang jawatan tertinggi dalam parti.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pihaknya sudah bersedia menghadapi PRK itu.

Katanya, semua perancangan sudah diatur dengan baik dan hanya menunggu arahan daripada Pas Pusat bagi pergerakan seterusnya.

“Apa-apa pun kita tunggu arahan dari pimpinan. Sesiapa pun calon kita akan akur dan akan terus bekerja demi memenangkan Pas di Kuala Kangsar,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.