Pesawat terhempas: Juruterbang masih belum serik
KUANTAN - "Tidak serik kerana ajal maut di tangan Tuhan," kata Mejar
Nazrul Hafiz Zaini yang terselamat dalam insiden pesawat terhempas di
Nenasi, Pekan.
Kejadian berlaku selepas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
jenis Aermacchi MB339CM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan itu
terhempas selepas mengalami masalah teknikal kira-kira jam 12.50 tengah
hari, tadi.
Nazrul bersama seorang juru terbang pelatih, Leftenal Hakimi Khairi,
24, terselamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injap pesawat.
Nazrul yang yang mengalami kecederaan di leher dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Katanya, dia juga tidak trauma dengan kejadian tersebut memandangkan ia adalah lumrah dalam tugasannya.
"Masa kejadian, orang kampung dan pihak bomba cepat tiba di lokasi untuk membantu kami berdua," katanya.
Sementara itu, ayah Hakimi, Khairi Yusof, 47, terkejut sebaik menerima perkhabaran yang menimpa anak keduanya itu.
Katanya, dia menerima panggilan daripada anak sulung memaklumkan bahawa pesawat dipandu Mohd Hakimi terhempas di Pekan.
"Hari ini kebetulan saya ke Kuantan untuk urusan perbaharui lesen
kenderaan dan ketika perjalanan pulang ke Kemaman, anak sulung telefon
beritahu.
"Memang terkejut namun bersyukur apabila Mohd Hakimi terselamat
walaupun mengalami kecederaan di kaki kiri,"katanya ketika ditemui di
HTAA.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat latihan TUDM dilaporkan terhempas di Pekan]
Sementara itu menurut kenyataan media dikeluarkan Markas Tentera Udara,
pesawat tersebut dikatakan mengalami masalah teknikal ketika membuat
penerbangan latihan.
TUDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan.
0 orang berkata:
Post a Comment