Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPAPUN BOLEH BERTANDING, NI KERUSI MACAM NAK REBUT BANGKAI, I

 PAS PERLU SERANG DAN PERANG DENGAN PARTI PENGKHIANAT, PAS JANGAN JADI PONDAN, JIKA PERLU SERANG DAN PERANG SAMPAI TITISAN DARAH YANG AKHIR, TAK PERLU LAYAN PENGKHIANAT SETELAH KITA BAGI AIR MEREKA HULUR API - Pak Karamu
 
 
‘Pas tak ada hak’
 ‘Pas tak ada hak’
Izham Hashim

SHAH ALAM – Pas tidak berhak menghalang mana-mana parti politik meletakkan calon mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar. 

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izham Hashim berkata, tidak ada pihak yang boleh menghalang sesebuah parti yang mahu bertanding di mana-mana kerusi kerana negara mengamalkan prinsip demokrasi.

“Selagi parti itu berdaftar, sah di sisi undang-undang dan memenuhi syarat untuk bertanding, mereka boleh bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang dimahukan.

“Tak ada pihak yang boleh menentukan sesebuah parti itu boleh bertanding atau tak di sesebuah kerusi yang mereka mahukan,” katanya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan agar mana-mana parti yang mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar supaya mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.

Izham berkata, tidak timbul isu Parlimen Sungai Besar kerusi tradisi Pas kerana pilihan terletak di tangan pengundi.

“Kalau kata ukur baju di badan sendiri, dah tentu Pas juga tak akan bertanding di Sarawak kerana itu bukan tempat mereka.

“Dari situ pun kita tahu parti yang berusia 60 tahun itu pun kehilangan wang pertaruhan kerana tak ukur baju di badan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Izham sempat menasihatkan presiden Pas itu supaya berhenti mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.  

“Biarlah mana-mana parti nak bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang mereka mahu sekali pun kerana itu hak mereka walaupun terpaksa kehilangan wang pertaruhan,” katanya.

2 orang berkata:

Unknown said...

Eloklah ada 3 penjuru UMNO PAS PAN..

A. Samada rakyat benar2 mahu UMNO terus memerintah. Jika tidak sedemikian, maka
B. Samada rakyat benar2 mahu PAS ganti UMNO atau
C. Samada rakyat benar2 mahu PAN ganti PAS.

Utk makluman tuan2.. rekod baru pilihanraya Malaysia telah tercipta jua.. yg mana undi rosak melebihi jumlah utk seorang calon bertanding.. Di manakah tempat itu?

Di BETING MARO!!!

Ni nak bgtahu..

Jumlah undi rosak - 104

Jumlah undi PAN - 103

Kalau PAS, pasti tahu rasa malu.. tapi jadi khodam DAP pun tak pernah rasa malu.. bangga lagi ada..

Anonymous said...

60 tahun berpolitik . Hebat. Menang ke?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.