Pakar: Tunggu sahaja pilihan raya Tun M
SHAH ALAM - Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
yang akan menghantar Deklarasi Rakyat yang ditandatangani kepada Yang
di-Pertuan Agong tidak akan memberi sebarang kesan kepada kedudukan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Menurut Felo Utama Pusat Kajian Syariah dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, Deklarasi Rakyat tidak memberi kesan terhadap perundangan negara.
"Dari sudut perlembagaan, bagi saya ia tiada kesan undang-undanglah, kalau hendak kata Deklarasi Rakyat itu satu referendum pun bukanlah kerana ia bukan satu pungutan suara.
"Ia tidak menepati kelayakan untuk referendum itu, dan Deklarasi Rakyat itu sesuatu yang mencabar demokrasi melalui pilihan raya, ia hendak masuk dalam konteks sistem kita... ini saya fikir ia tiada kaitan dengan proses demokrasi yang kita persetujui dalam perlembagaan.
"Pokoknya ialah Deklarasi Rakyat itu tiada punca undang-undang, tiada kesan ke atas undang-undang dan bukan satu pungutan suara yang menepati kehendak demokrasi pun," katanya kepada Sinar Online.
Shamrahayu diminta mengulas signifikan tindakan Mahathir untuk menyerahkan kesemua Deklarasi Rakyat yang ditandatangani kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.
Mahathir sebelum ini berharap Tuanku dan Raja-Raja Melayu akan menerima maklum akan penolakan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan perkara kecil yang dibangkitkan atas motif politik.
“Tugas saya adalah untuk hantar semua Deklarasi Rakyat ke istana (Yang di-Pertuan Agong) dalam masa terdekat.
“Ia adalah sentimen majoriti dan penolakan rakyat terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri bukan hanya bermula hari ini dan dia sepatutnya sudah lama meletak jawatan,” beliau dipetik sebagai berkata.
Difahamkan sebanyak 1,271,997 rakyat di negara ini telah menandatangani Deklarasi Rakyat secara atas talian dan fizikal.
Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata, sekiranya Mahathir bertegas untuk memastikan Najib berundur, maka jalan yang ialah melalui pilihan raya.
"Dalam perlembagaan tidak menyatakan proses demokrasi seperti itu kalau menggunakan kehendak rakyat kita boleh buat melalui demokrasi yang dikitiraf oleh perundangan jadi bagi saya deklarasi rakyat itu bukan suatu yang diikitiraf oleh undang-undang kita.
"Jadi tunggu pilihan rayalah," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment