Amanah perlu wakili Pakatan pada PRK akan datang
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) perlu bertanding mewakili
Pakatan Harapan di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan
Kuala Kangsar.
Ini kerana menurut Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan berkata,
kedua-dua Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan kawasan strategik
bagi Amanah sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.
Sany turut menyifatkan kedua kawasan tersebut sebagai 'gelanggang
ideal' buat parti itu memandangkan komposisi campuran penduduk dengan
majoriti Melayu Islam.
"Amanah boleh meluaskan pengaruh Pakatan Harapan di kedua-dua parlimen tersebut.
"Amanah telah benar-benar bersedia untuk menguji kekuatan parti baru
ini di Malaysia Barat setelah menguji kekuatan jentera di Malaysia Timur
(Sarawak) dengan meraih undi popular sebanyak 1.24 peratus dengan umur
penubuhan selama 8 bulan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sany juga tidak menolak kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru
antara Pas, BN dan Pakatan Harapan pada PRK Sungai Besar dan Kuala
Kangsar nanti.
Katanya, Pas yang bertindak sebagai entiti berasingan sudah pasti akan bertanding demi kepentingan politik Blok Ketiga.
"Suka atau tidak, pertindanan kerusi sesama Pakatan Harapan di
Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak beberapa minggu yang lalu perlu kekal
menjadi sejarah hitam dan tidak diulang oleh mana-mana parti dalam
koalisi ini.
"Hakikatnya, ia merupakan suatu pertembungan yang bakal menguji dan
menjadi kayu ukur gabungan politik mana yang lebih dipercayai rakyat.
Bahkan rakyat umumnya telah sedia memaklumi bahawa Pas bukan sebahagian
Pakatan Harapan dan jika berlaku tiga penjuru pun, anak muda khususnya
boleh 'membaca' bahawa Pas akan masuk bertanding," katanya lagi.
7 orang berkata:
Gaduh lagi. Teruskan hobi bergaduh anda dari pemimpin hingga ke ahli biasa. Syukur barisan pembangkang suka bergaduh saling maki memaki dan menjatuhkan sesama mereka. Semoga tabiat hasat dengki ini kekal sebati didalam hati ahli pembangkang. Jauhkan peluang pembangkang memerintah putrajaya. Kekalkan umno/bn. Hanya parti ini yg menyatukan semua bangsa, agama dan ideologi. Buktinya sudah jelas. Amin
Eloklah ada 3 penjuru UMNO PAS PAN..
A. Samada rakyat benar2 benci najib.
B. Samada rakyat benar2 mahu PAS ganti UMNO.
C. Samada rakyat benar2 mahu PAN ganti PAS.
Ya, Amanah wajib ganti PAS sebab Hadi dah mesra Umno, gia nak jadi penasihat kepada parti pemerintah dan bukannya nak tumbangkan rejim.
Pas bukan bertanding utk menang tapi utk dapat redha Allah. Kami rakyat marhaen yg ditindas rejim, kami mahu tumbangkan BN, kami tak perlukan kaki bodek, tapi tak perlukan org berlagak zuhud tapi bergaya dgn land rover mini cooper dan vellfire, kami mahu lawan BN!!!
Nk tumbang bn tp bertanding tmpt PAS...itu bg tongkat kepada bn jawapannya..Bodoh sungguh tahap pemikiran ahli pan ni sama bodoh mcm pengerusinya..klo nk menang pn mesti dgn cara ISLAM bknnya ikut telunjuk dap yg terang2 anti ISLAM
Pas menang dulu atas tiket pr..kau jgn perasan la..silap2 hilang deposit..
PAS is past
Alehhh...ikut cakap DAP yer????
La nie PAS ikut kehendak sendiri ker? Mana pesan TGNA tentang jangan sokong Umno tu...??? TGNA suruh ahli PAS perangsangka buruk ngan DAP ker?? Ngape PAS laaa nie..sebijik cam UMNo...buruk sangka ngan bangsa lain nie?
Komer nak sangat memerintah Malaysia nie hanya pada melayu jer ker??? Yang bangsa lain tu korang nak letak mana??? Nak bagi mampus agaknyer...baru puas hati...
Ajaran Islam mana yang komer ikut nie??
Jangan nak.perasan.lebih yer orang Pas...tanpa bangsa lain....jangan ingat komer akan dapat undi macam dulu...
Boleh belahhhh laaaa kalau perasan akan menang...komer kan kalah ngan BN
Post a Comment