Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah keluar parti
JOHOR BAHRU – Pengerusi Tetap Umno Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom
Abdul Ghani hari ini mengumumkan secara rasmi keluar daripada parti.
Pengumuman itu dibuat ketika beliau mula menjalankan tanggungjawabnya
sebagai Pengerusi Tetap Umno Bahagian Gelang Patah pada mesyuarat
berkenaan, hari ini.
Ketua Umno Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A Malik ketika
mengulas tindakan tersebut berkata, parti di peringkat bahagian menerima
keputusan itu.
"Kita terima dan akur dengan pilihan yang dibuat olehnya. Kita
mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau," katanya ketika
ditemui pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah di sini
hari ini.
Bagaimanapun, Mohammad Khairi berkata, tindakan veteran Umno itu keluar
dari parti, tidak menjejaskan Umno Bahagian Gelang Patah.
“Bila dia umum, perwakilan kekal dan terus bersama dalam persidangan.
Kami tidak jangka (umum keluar parti) kerana sebelum ini, dia
memberitahu mahu berjuang dari dalam parti," katanya.
Difahamkan, pengumuman berkenaan dibuat kerana tidak mempunyai kepercayaan terhadap pucuk pimpinan atasan Umno.
0 orang berkata:
Post a Comment