'Tun M hantar orang ajak saya sertai Bersatu'
KEMAMAN - Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini
menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama Umno dan tidak menyertai
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ahmad, 59, yang menyertai Umno sejak berusia 18 tahun, berkata setakat
ini beliau mahu terus berkhidmat untuk Umno tetapi tidak pasti sampai
bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta
mencabar kesetiaannya kepada parti.
"Tun Mahathir Mohamad, telah menghantar orang untuk berjumpa dengan
saya untuk mengajak masuk PPBM. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan
kepada saya untuk menjadi Ahli Mesyuarat Tertinggi PPBM.
"Setakat ini, saya nak tengok dulu. Saya tak jawab lagi...tetapi tidak
tahulah sampai bila, kalau desakan bertalu-talu saya takut saya tidak
dapat bertahan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan
perwakilan Umno bahagian Kemaman, di sini.
Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, berkata
selain PPBM, beliau pernah ditawarkan menganggotai parti Pas, PKR dan
Amanah, namun menolak kerana tidak mahu mengkhianati Umno.
Kata Ahmad, beliau tekad untuk terus kekal bersama-sama Umno bagi
melihat perubahan yang bakal dilakukan Perdana Menteri dan Presiden Umno
Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kemelut politik di Terengganu.
"Saya telah dimaklumkan bahawa Najib telah memanggil beberapa orang
Adun untuk mendengar sendiri apa masalah yang membelenggu negeri ini.
"Najib janji untuk mengadakan perubahan. Saya masih lagi ahli
Umno...saya tidak berdendam cuma jangan kejutkan harimau yang sedang
tidur," katanya yang turut mengingatkan perwakilan supaya tidak
memandang rendah kepada kemunculan parti baharu.
Sementara itu, Ahmad meminta supaya siasatan dijalankan bagi mengenal
pasti punca apabila hanya 686 daripada 973 perwakilan Umno bahagian itu
menghadiri persidangan perwakilan berkenaan.
Kemaman menjadi satu-satunya bahagian di Terengganu yang persidangan
perwakilannya dirasmikan sendiri ketua bahagian dan Ahmad berkata
walaupun menghadapi kekangan dari pelbagai sudut, beliau tetap berharap
perwakilan akan terus memberi sokongan kepadanya serta parti. - Bernama
3 orang berkata:
Dengar kata dia tak nak masuk fasfisfus. Dia tak nak jadi walaunta. Dia tak nak jadi sedara PIGS.
Apa punya walaunta.
Belum bentang dah suruh wajib sokong.
Klu berkenaan islam ramailah yg persoal itu ini. Klu rang undang2 lain senyap sepi wlpun dah bentang dn dah lulus.
Post a Comment