Ku Li batal hasrat bersara
GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah,
membatalkan hasrat untuk bersara sekaligus kekal meneruskan kepimpinan
di daerah ini.
Beliau membuat keputusan berkenaan selepas seluruh ahli Umno di sini,
menyokong usul yang dibentangkan dalam Mesyuarat Perwakilan Umno
Bahagian, hari ini, iaitu mendesak agar beliau terus mengekalkan kerusi
Parlimen dan Ketua Umno Bahagian.
"Selagi mereka nak saya, saya teruslah. Dalam hal ini, saya tidak boleh membelakangkan kepentingan parti dan rakyat.
"Tapi saya ni dah berumur, lama sangat dah (berkhidmat). Kalau itu
keputusan mereka, saya ikutlah. Tapi, terpulang kepada pucuk pimpinan
untuk menentukannya," katanya selepas merasmikan mesyuarat berkenaan di
Dewan Bukit Cekati, di sini.
Terdahulu, Tengku Razaleigh atau Ku Li, pernah beberapa kali
menyuarakan hasrat untuk bersara dan tidak bertanding pada PRU 14, akan
datang.
0 orang berkata:
Post a Comment