Trafik di lebuh raya utama malam ini terus sesak
KUALA LUMPUR - Aliran trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya
utama setakat 9 malam ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan di
laluan berkenaan.
Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata trafik di sebelah selatan
bergerak perlahan terutama dari utara Yong Peng ke Pagoh berikutan
kemalangan di Km139 yang menyebabkan kesesakan sepanjang 10 kilometer.
"Selain itu, di Tambak Johor antara Bangunan Sultan Ismail di Malaysia
ke Singapura di kedua-dua arah turut sesak," katanya ketika dihubungi
Bernama di sini, hari ini.
Katanya, bilangan kenderaan turut meningkat di laluan dari Hentian
Senawang ke Simpang Ampat berikutan kemalangan di Km228.2 selatan dan
Hentian Rehat Seremban selatan ke Senawang, Tol Plaza Jalan Duta ke
Bukit Lanjan.
Di sebelah utara, situasi sama berlaku dari utara Tapah menuju ke Gopeng hingga ke Simpang Pulai, katanya.
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata trafik dilaporkan
masih perlahan dari Tol Gombak ke Lentang, sebelum masuk Tol Karak dan
sebelum Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) ke Tol Terengganu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian
bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di
www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman
Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment