Pindaan Akta 355, bukan sesuatu yang pelik
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pas menegaskan tiada apa
yang pelik dengan pindaan Akta 355, yang dibawa usul oleh Ahli Parlimen
Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, ini kerana
sekurang-kurangnya terdapat tiga akta yang sama dengan akta 355 di
negara ini.
"Saya seorang pengamal undang-undang, saya rasa wajar mengatakan dalam
negara kita ini terdapat sekurang-kurangnya tiga akta yang mempunyai
'background' yang sama iaitu pertama Akta Mahkamah Rendah 1948, Akta
Mahkamah Kehakiman 1964, dan terakhir Akta Mahkamah Syariah 1965.
"Daripada ketiga akta ini saya mengabungkan sebagai akta-akta bagi
tujuan yang sama, jadi saya kira sebagai ahli politik dan pengamal
undang-undang tiada apa-apa yang pelik tentang akta 355 apabila ia
dicadangkan melalui satu usul ahli Parlimen bukan kerajaan," katanya
dalam wacana Sinar Harian kali ke 41 yang berjudul Pindaan Akta 355:
Antara Realiti dan Persepsi di Dewan Sultan Muhammad V, di Kompleks
Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.
Ujarnya lagi, untuk meminda akta ini, tindakan ini dibenarkan oleh Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Walaupun jarang-jarang berlaku, tetapi Speaker dan Menteri benarkan
Ahli Parlimen Marang membuat usul, jadi ini adalah satu proses biasa
untuk pinda undang-undang sebab itu tiada perkara yang pelik untuk
menjadikan ia satu konflik atau menimbulkan satu kebimbangan," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment