Kena beri lebih kefahaman Akta 355 bukan hudud
SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri merumuskan Wacana Sinar
ke-41 dengan tajuk 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi' pada
akhirnya berjaya memberi kefahaman kepada dua panel bukan Islam mewakili
MCA dan DAP bahawa pindaan tersebut hanya melibatkan orang Islam.
Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara sama akan berlaku kepada
masyarakat luar sekiranya kefahaman itu dapat disebarkan.
“Kawan-kawan kita saya nampak sudah faham Akta 355 hanya untuk Islam,
mahkamah syariah dan tiada kena mengena dengan kefahaman atau
kepercayaan orang lain.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi]
“Saya melihat kalau kefahaman ini dapat kita garap termasuk yang di
luar sana, mereka dapat melihat Akta 355 itu bukan hudud, bukan potong
tangan, bukan potong kaki, bukan rejam.
“Tapi pindaan itu untuk memberi kekuatan kepada mahkamah syariah untuk
orang Islam. Hebat orang Islam, baik orang Islam, berjaya orang Islam,
ia melimpah kepada rakan-rakan bukan Islam,” katanya ketika sesi rumusan
pada Wacana Sinar di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari
ini .
Sebelum itu, kedua-dua panel mewakili DAP, Tan Seng Giaw dan MCA, Gan
Ping Sieu membangkitkan soal persepsi dalam kalangan masyarakat termasuk
yang beragama Islam berhubung pindaan tersebut.
Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, memberi kefahaman
kepada semua lapisan masyarakat mengenai pindaan itu sangat penting
kerana setiap orang memiliki persepsi masing-masing.
“Saya berharap Yang Berhormat Kota Bharu (Datuk Takiyuddin Hassan)
fahamlah. Sebab orang ada perasaan (persepsi) terhadap pindaan itu. Apa
kandungan pindaan mereka tak faham.
“Yang (mereka) faham, ini (pindaan) yang dibuat mungkin satu hari kelak
akan menjadi hudud pula. Inilah perasaan mereka. Kita di Malaysia di
dunia moden ini mesti memahami apa perasaan orang Islam dan bukan Islam.
“Saya percaya ramai orang bukan Islam pun tak memahami mengenai pindaan
ini. Kalau kata semua orang Islam faham, saya kata itu pandangan
salah,” katanya.
Sementara Ping Sieu yang juga Ketua Pasukan Pelaksanaan Dasar dan
Undang-undang Syariah MCA bersetuju dengan Jamil Khir berhubung kadar
denda maksimum mahkamah syariah rendah.
Namun melahirkan kebimbangan tentang kandungan pindaan itu yang masih belum diketahui.
“Datuk Seri (Jamil Khir) sebut tadi kalau larikan anak dara orang, kena denda RM1,000, RM2,000, RM3,000 itu satu ‘joke’ lah.
“Tapi apa isi kandungannya? Kita tak tahu. Itu yang kita bimbang. MCA
bimbang kalau struktur yang termaktub dalam Perlembagaan diubah dengan
adanya agenda tersirat daripada Pas. Ini sesuatu yang tidak adil buat
semua rakyat,” katanya.
Sebelum ini, Jamil Khir memberi contoh denda hanya RM1,000 dikenakan ke
atas kes bawa lari remaja perempuan, dera isteri dan tidak memberi
nafkah kepada isteri di mana ia perlu ditingkatkan seiring peredaran
masa.
Tambah Ping Sieu, meskipun fakta jelas mengatakan RUU 355 dengan
undang-undang hudud dua entiti berbeza namun masyarakat melihat
kedua-dua perkara itu bercampur.
15 orang berkata:
Undang2 karut,,,, semua denda dlm nilai rm tu bukan dapat pd tuan tubuh atau orang naya tu,,, tapi dapat pd kerajaan,,,, orang yg naya tu tetap kerugian dlm nilai rm juga,,, apapun tidak dapat,,, berhabis rm lagi ada laa
Memang semua orang tahu ianya bukan undang2 Hudud tapi hanya untuk memperkukuhkan kuasa2 dalam undang2 syariah..
Apa yg tersurat lagi tersirat dan bebanan menyakinkan sesuatu oleh kelian insan di negara ini adalah, kesan perubahan pindaan RUU 355 yg dibawa olih PAS sebuah parti politik memalui presedenya TGHH, masalahnya pada permulaanya pindaan RUU355 andai diluluskan ia merupakan pintu masuk "HUDUD", yg selama. Ini di Idam dan di rancang olih politik PAS, rata2 umat Islam tidak menolak undang2 Syariah yg terkandung di dalam Hudud itu sendiri, cuma rakyat tidak berkeyakinan perubahan itu datangnya dari sebuah parti politik,.namun rakyat khususnya penganut Agama Islam akan berlapang dada sekiranya apa saja perubahan dalam RUU 355 itu datangnya dari kumpulan MUFTI. MUFTI Malaysia dan bukanya dari parti Politik,.Rakyat tak mahu Agama Islam di politikan,..Bangun dan bersuaralah duhai Mufti2 ku dalam membentangkan enekmen syariah dalam RUU 355,. Lupa kan lah PAS dan TGHH ,.bersama memakmurkan kejayaan Islam Tampa dipengaruhi politik,.
Undang2 islam patutnya dibincangkan oleh mufti dan majlis raja2. Raja kan penguasa agama. Ni serah kat ahli politik umno, pas, dap, mca ni apa hal? Kapir ngan ahli politik gila kuasa tak kan la nak suruh buat hukum islam?
RUU rasanya tak ada masalah umno bn nak sokong. Tapi kalu hudud tu berat sikit la derang nak sokong.
Aku rasa la
KITA RAKYAT NI POM TAK TAU APA MENATANG RUU YG PAS HEBOH SATU DONIA TURRR. DAH TAK TAU MENDA, NAK SOKONG MCM MANER? JADI BENGONG KITA KALU SOKONG BUTA TAK TAU APA MENDA TAH...
Ruu tu apa benda?
Cuba cerita sikit...
Apa yg pas nak ubah?
Ruu tu apa?
Yg dia nak ubah tu apa dia?
Yg dia org suruh sokong tu, sokong apa?
Yg dia org kata wajib sokong tu, apa bendanya yv nak disokong?
Cer ko cerita kat aku sket.
Klu aku faham barulah aku sokong.
Aik!? Bukan hudud pulak dahh? Hari tu hadi dan walaunta terkinja kinja kata hudud.. apa cerita? Hukum islam jadi mainan politik ke?
x sangka pulak ada jugak org yg taksub politik tapi pandai mcm ko..org politik ni 2x5 je..ko serah agama kat tangan dorang habis la,halal haram ikut suka mak bapak dia..kalo dia buat halal,kalo.org lain buat haram.serupa je 2x5 hahahaha
Kan PAS ada DHPP... gerakkan la ke seluruh Negara.. adakan dialog.. adakan debat. La ni patut guna DHPP habis-habisan. Kan DHPP dah terima tarbiah ulung dari ulama-ulama terkemuka bertaraf dunia dan global.. atau DHPP pun 'kelam' pasai RUU ni..
jianbin0924
michael kors outlet
louis vuitton
nike outlet store
mulberry handbags
coach outlet online
canada goose jackets
coach handbags
new balance outlet
ferragamo outlet
coach outlet canada
ugg boots
under armour outlet
the north face outlet
north face
michael kors handbags
gucci sale
polo ralph lauren outlet
yeezy boost 350 black
hugo boss
michael kors outlet clearance
ray ban sunglasses
moncler coats
true religion jeans
ray-ban sunglasses
mcm backpack
ray ban sunglasses
ray ban sunglasses
michael kors handbags
christian louboutin shoes
canada goose jackets
20170114lck
ugg uk
salomon outlet
mulberry handbags
louis vuitton handbags
true religion outlet
nba jerseys wholesale
oakley sunglasses sale
gucci outlet
michael kors handbags
los angeles lakers jerseys
chanyuan2017.03.20
Post a Comment