Penganalisis: PKR sudah tidak relevan di Sabah
SHAH ALAM - Pengumuman pemimpin PKR Sabah yang keluar daripada parti
dengan alasan hilang keyakinan terhadap kemampuan mengundang persoalan
ramai.
Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, tindakan tersebut
menunjukkan kesetian dalam politik pembangkang di Sabah tidak konsisten.
“Sabah sememangnya terkenal dengan sikap dan budaya para pemimpinnya yang sukar untuk setia dengan satu parti.
“Tradisi lompat parti oleh para ahli politik di Sabah kelihatan masih
lagi berakar umbi hingga hari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar
Online.
Beliau juga turut mengatakan bahawa perkara ini berubah apabila wujudnya Umno di Sabah.
“Jika dilihat, hanya dengan tertubuhnya Umno di Sabah, barulah nampak
wujudnya elemen pemantapan politik yang mantap di negeri itu,”
tambahnya lagi.
Katanya lagi, tanpa sokongan kumpulan pemimpin elit politik kaum di Sabah, PKR akan lenyap pengaruhnya di negeri itu.
“PKR seperti sudah tiada nilai politik di Sabah, rakyat di sana sudah
ada platform lain yang lebih mudah diterima masyarakat,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, apa yang dilakukan pemimpin PKR di Sabah menunjukkan
isyarat merah buat PKR untuk melupakan soal peluasan pengaruh mereka di
Sabah.
“Saya berasakan sudah tiba masanya untuk PKR melupakan Sabah dan fokus sahaja pada negeri di Semenanjung.
“Seharusnya pemimpin PKR hanya memerhatikan sahaja ahli politik Sabah
dan Sarawak menentukan gaya politik mereka sendiri,” katanya.
Di samping itu, beliau juga turut membandingkan cara Umno menangani situasi ini berbanding dengan PKR.
“Lihat sahaja Umno, tanpa ada cawangan di Sarawak pun parti itu masih
mampu berdiri sebagai kerajaan di peringkat negeri dan pusat.
“Siapa kata setiap parti perlu wujud di semua wilayah? PKR harus
jadikan ini sebagai pengajaran dan menjadi lebih realistik serta percaya
pada sekutu mereka yang lain,” katanya mengakhiri bicara.
1 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment