Satu persepakatan baharu bersama Pas bakal dibentuk
KUALA LUMPUR - Umno membayangkan akan berlaku satu persepakatan baharu
dalam arena politik negara menjelang Plilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Dalam politik banyak kemungkinan akan berlaku, tiada yang mustahil
sekiranya Pas akan bergabung bersama Barisan Nasional (BN)," kata Ketua
Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Umno di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, sekiranya Tun Mahathir Mohamad menyertai barisan pakatan
pembangkang tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama BN.
"Pada peringkat BN, kami telah berjaya menyelesaikan isu-isu dalaman
tetapi pembangkang masih memikirkan persepakatan ini," katanya.
Tambahnya, melihat kepada keadaan politik semasa, memang wujud satu
keadaan ketidakseimbangan politik tetapi itu adalah perkara biasa.
2 orang berkata:
Ustaz goyang telur tidur memerintah Kelantan. Hutan dijarah, alam sekitar rosak teruk. Kalau ada perbincangan takkan org asli mengamuk! Pak ustaz tak pandai peeintah...tunduk pada kapitalis...termasuk telorr ke pak ustaz sebab takut nak benteras ...ke sebab projek tebang balak kpd cina dap ini duitnya untuk dana kempen pru nanti? Tolak shj Pas ni dah tidak relevan...penakut...dan tidak bertelooor.
Tak de ke binatang pemakan dedak nak komen....
Huhuhu
Post a Comment