Najib: Dua individu ancam perpaduan negara
SHAH ALAM - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata, kerajaan Malaysia bertekad untuk meneruskan agenda 1 Malaysia
bagi mengukuhkan keharmonian antara kaum di negara ini.
Najib berkata, sejak akhir akhir ini, perpaduan negara sering diacam oleh dua individu.
Melalui mesej radio terbaharu, beliau menyimpulkan usaha menggugat
keharmonian kaum ini berlaku dalam dua fasa dan yakin fasa ketiga
dirancang pihak-pihak berkenaan.
"Fasa pertama pada 2008, di mana ketua pembangkang mula memainkan isu
perkauman. Beliau mula mencabar perlembagaan mengenai kepentingan semua
kaum di Malaysia ini dan menggunakan ia sebagai isu politik untuk meraih
undi.
"Sebelum ini tidak ada pun pertikaian pada Perlembagaan dan semua
lapisan masyarakat hidup dengan harmoni. Kesannya, selepas pilihan raya
umum ke-12, politik negara mula ditentukan oleh faktor kaum," katanya.
Menurut Najib, fasa kedua pula bermula pada tahun 2016 apabila "seorang
pemimpin lama mula memecahkan kaum Melayu dengan membentuk satu lagi
parti politik Melayu mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah
kepada lima".
Beliau berkata, perpaduan bangsa yang longgar ditambah dengan desakan
melalui perhimpunan yang berselindung di sebalik imej bipartisan dan
multiracial memberi hentaman demi hentaman kepada parti pemerintah.
"Parti yang mentadbir Pulau Pinang, yang sudah didakwa mengamalkan rasuah, tidak diendahkannya.
"Lebih menyedihkan lagi, pemimpin lama itu sanggup dipergunakan oleh
perhimpunan memecah belahkan rakyat ini, menuduh kerajaan perkara yang
sama beliau dituduh dahulu," ujarnya lagi.
Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional berkata, ancaman fasa ketiga
dijangka berlaku kerana kedua-dia individu itu kini dilihat
berbaik-baik.
"Kedua-dua pemimpin perpecahan fasa satu dan dua kini dilihat sudah
bersalaman. Kita sudah boleh anggap apa yang mereka akan lakukan kepada
negara seterusnya pada fasa ketiga.
"Kerana itulah, agenda 1Malaysia wajib diteruskan." katanya.
2 orang berkata:
Dua individu tu ialah Najib dan Hadi. Ketua penyamun dgn tuang punahsihat.
Mamat ni paku dulang paku serpih.
Post a Comment