APA SEBAB DATO' ASRI NI TETIBA JE SERANG SYI'AH ? ADAKAH SYI'AH NI AKAN HALANG FAHAMAN WAHABI KAT MALAYSIA ? KALO BOLEH MUFTI P.PINANG TOLONG JAWAB ATAU BERI PANDANGAN SIKIT ! NI DATO ASRI TENGAH PANEH NI !!! - Pak Karamu
Ada ahli, kepimpinan parti politik turut terlibat
GERAKAN syiah yang mempunyai pengikut tersendiri di
negara ini amat jelas bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah
yang menjadi pegangan umat Islam di sini. Meskipun tiada jumlah sebenar
pengikut syiah di Malaysia, penularannya semakin membimbangkan berikutan
ia bergerak secara senyap dan tanpa disedari.
Malah, bukan hanya tertumpu di pusat-pusat syiah yang dikenal pasti,
tetapi ada negeri-negeri yang mula diresapi fahaman syiah termasuklah
Perlis. Perkara ini diakui sendiri Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri
Zainul Abidin.
Katanya, usaha membanteras syiah ini perlu dipandang serius kerana
mampu membawa kerosakan kepada umat Islam. Kepada wartawan SITI
NURSYAHIDAH ABU BAKAR dan jurufoto, HALIM WAHID, beliau mengulas panjang
soal ancaman syiah.
Datuk menyatakan kebimbangan mengenai penularan syiah di Perlis? Bagaimana ini boleh berlaku?
Di Perlis, kita berjiran dengan Kedah. Di Kedah, seperti diketahui ada
satu pusat syiah di Pendang. Tetapi syiah di Pendang ini kelihatannya
boleh bergerak seperti biasa. Daripada idea di Pendang, ia bergerak
masuk ke Perlis melalui pertubuhan tertentu. Kita tahu juga syiah
berkembang di selatan Thailand.
Jadi sudah mula ada syiah di Perlis. Saya rasa situasi ini kurang baik
untuk Perlis. Dengan itu, saya ingin menggesa rakyat di Perlis dan
negeri-negeri lain juga supaya mengambil perhatian tentang hal seperti
ini. Ada beberapa negeri saya tahu sudah berkembang (syiah).
Sebab kita kadang-kadang terlalu menyibukkan diri sesama sunni dengan
isu perbezaan, akhirnya ada kumpulan yang mengambil kesempatan untuk
berkembang. Saya tahu di selatan tanah air juga gerakan ini telah
berkembang. Kita tahu juga di peringkat antarabangsa, selepas embargo
Amerika Syarikat terhadap Iran dan sekarang Iran telah ‘release’ kan
minyaknya dengan banyak sehingga menyebabkan jatuhnya harga minyak di
pasaran dunia. Ia juga telah menyebabkan Iran menjadi negara yang sangat
kaya kini.
Kekayaan itu juga boleh membuatkan mana-mana negara berbelanja. Tabiat
setiap negara juga berbeza, Amerika Syarikat mengeksport pemikirannya ke
luar, Britain dan Arab Saudi juga melakukan hal yang sama. Sudah tentu
Iran sebagai satu negara mullah yang dipimpin oleh golongan agama dan
syiah boleh melakukan hal yang sama.
Mereka mengeksport pemikiran mereka ke luar negara dan kini sangat
tertumpu di Asia Tenggara. Kita akan jadi satu rantau baru yang akan
melihat perselisihan ini. Ini bukan isu perselisihan baca qunut atau
tidak, pergi tahlil... bukan. Ia perselisihan yang dalam sejarahnya
telah mencetuskan pertumpahan darah dalam kalangan orang Islam.
Apa tindakan Jabatan Mufti Perlis?
Saya sejak dulu menyebut bahawa, dalam isu pemikiran, ia tak boleh
dibunuh dengan kuasa. Sebaliknya pemikiran hanya boleh dihapuskan dengan
pemikiran. Kalau orang telah berfikiran begitu, kita paksa dia berfikir
sama dengan kita menggunakan kuasa, ia sesuatu yang mustahil.
Jadi kalau tanya saya apa langkah pertama yang harus dibuat khususnya
Jabatan Mufti, kita mesti mengadakan penerangan dan dialog kepada
rakyat. Saya akan buat dialog kerana ini pentas untuk mereka tahu
mengenai perbezaan itu. Selepas dialog, barulah langkah-langkah
berkaitan isu keselamatan. Itu sudah menjadi tanggungjawab pihak
keselamatan.
Bagaimana syiah ini menular di Perlis?
Ada pertubuhan tertentu. Saya juga mendapat maklumat daripada pihak
keselamatan mengenai pertubuhan itu. Mereka ini bergerak di atas
landasan kebajikan dan kemudian mereka menyebarkan pemikiran. Ada juga
parti politik yang sama ada sengaja atau tidak, tahu atau pun tak,
ahli-ahlinya semua terlibat termasuk peringkat kepimpinan.
Ada maklumat berapa ramai pengikutnya?
Saya tidak mahu menyebut jumlahnya, tetapi saya tahu ada golongan yang
terlibat ini terdiri daripada guru-guru dan sebahagiannya penuntut
universiti. Bukan universiti di Perlis, tetapi universiti di seberang
Perlis. Jadi mereka mungkin awalnya nak terlibat dengan kegiatan
kebajikan tetapi terpengaruh dengan syiah. Ada yang nak belajar pasal
syiah untuk pengetahuan saja, tetapi dia tak seimbangkan. Jadi dia rasa
itu kebenaran yang ada.
Ada pendapat isu beza syiah dan sunni tidak perlu
diperbesarkan. Banyak isu lebih kritikal lain perlu perhatian seperti
isu ekonomi orang Islam dan murtad. Komen Datuk?
Kita memang tak boleh elak daripada perbezaan. Tetapi apabila perkara
ini bukan kita cuba mengandaikan, sebaliknya ia memang terjadi. Apa yang
berlaku Iraq, Syria membabitkan soal mazhab sunni dan syiah. Ini
perbezaan yang melibatkan perkara penting.
Tokoh seperti Abu Bakar as siddiq, Umar al-khattab dianggap sebagai
tokoh utama dalam mazhab sunni dan dianggap kafir dalam mazhab syiah.
Isteri Nabi yang dianggap mulia oleh sunni dianggap keji oleh pengikut
syiah. Jadi ia akhirnya ia akan mencetuskan provokasi yang lain seperti
yang berlaku di Iraq, Arab Saudi, Yaman. Wujud persengketaan.
Dari sudut lain, saya lihat syiah ini tidak demokratik kerana ia telah meletakkan kepimpinan mesti daripada kelompok tertentu.
Jadi tiada pilihan untuk orang lain. Kita dalam negara demokrasi,
terima siapa yang dapat sokongan tertinggi akan jadi pemimpin. Tetapi
itu semua tiada makna jika kita menetapkan bahawa kepimpinan hendaklah
dalam kalangan pemimpin tertentu, dengan titis darah tertentu.
Memang tiada toleransi langsung antarasunni dengan syiah?
Saya tidak bersetuju sebab sunni adalah mazhab yang toleransi. Kita tak
kata jumpa orang syiah kita kena bunuh. Saya tak terima idea itu. Saya
bercakap tentang kesan kewujudannya. Kita ada konteks yang berbeza iaitu
dua-dua aliran ini melihat kewujudan mereka dalam masyarakat Islam
bukan saja kewujudan ajaran, tetapi mesti pergi ke kewujudan untuk
menguasai tampuk kekuasaan. Itu realitinya.
Di Barat juga ada sunni dan syiah tetapi tidak berlaku pergolakan
kerana mereka hanya pertahankan kewujudan untuk beragama, tidak
membabitkan soal mempertahankan kekuasaan. Tiada sunni atau syiah di
United Kingdom yang fikir tentang nak jadi kerajaan.
Tetapi dalam konteks Malaysia, realitinya berbeza. Aliran agama
berfikir untuk dia menguasai tampuk pemerintahan. Kalau dia menguasai
tampuk pemerintahan, yang lain akan datang berebut. Syiah mempunyai
tabiat yang berbeza dengan sunni. Ia bukan sebuah mazhab biasa, ia
mazhab politik. Jika tiada politik, syiah takkan ada. Ia takkan wujud di
Malaysia tanpa memperkatakan tentang mengambil kekuasaan.
Datuk bimbang penularan syiah dalam parti politik?
Maksud saya ialah kewujudan syiah dalam kerangka Malaysia dan negara
Islam akan mencetuskan krisis keselamatan kerana perebutan kuasa
disebabkan tabiat agama. Jika perebutan nak dapatkan kuasa saja, tak
sebahaya golongan agama berebut kuasa. Sebab ia ada elemen Tuhan di
situ.
Mereka percaya, ‘kalau saya dapat kuasa itu, saya berjuang untuk Tuhan.
Kalau saya tak dapat kuasa itu, saya bermati-matian untuk Tuhan’. Itu
yang menyebabkan krisis seperti Daesh seumpamanya. Krisis yang paling
lama dalam sejarah Islam ialah kerana merebut kuasa. Apa beza antara
persaingan antara ahli politik biasa dengan persaingan golongan agama
terhadap kuasa? Tabiat agama itu menyebabkan mereka kadang-kadang
sanggup mati di atas dasar kuasa.
4 orang berkata:
syiah wahabi khawarij takfiri
semua keluar jalur..cara nak tilik dorang ni..perasan bagus yg extreme..syurga neraka tu mcm toknenek dia punya..ha gitu la lebih kurang hehe..
Masing2 sibuk nak jadi Tuhan dan wakil Tuhan..gitu la lebih kurang
Betul tu.
No keahlian parti walaunta pun dia kata tiket masuk syurga. Wayar otak putus kot
Tu pun ada 'ulama dunia' yg minta syiah-sunni berbaik. Bangang ka apa org tu... 'Ulama Dunia tu Syiah ka???
Post a Comment