11 anggota WBG termasuk Dr Fauziah dibebaskan
KUALA LUMPUR - Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's
Boat to Gaza' (WBG) Dr Fauziah Hasan bersama 10 anggota misi itu yang
ditahan Israel Rabu lepas, telah dibebaskan.
Jurucakap Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ketika dihubungi Bernama
berkata kesemua mereka sedang diuruskan penerbangan pulang ke negara
masing-masing dalam masa terdekat.
Beliau berkata menurut sumber Freedom Flotilla Coalition yang
mengasaskan kempen WBG itu, kesemua anggota misi yang menaiki kapal
Zaytouna-Oliva berkenaan telah dipindahkan dari Penjara Givon di Ramla
(Bandar di tengah Israel) ke pusat tahanan sementara di Lapangan Terbang
Ben-Gurion, Israel.
Sementara itu, dua anggota misi yang dibebaskan semalam iaitu wartawan
Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari
Rusia telah selamat tiba ke negara masing-masing.
Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis
sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod. -
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment