Kementerian Kesihatan siasat aduan ais kotor
SHAH ALAM - Bahagian Penguatkuasaan Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan akan segera menyiasat laporan berhubung pengabaian
kebersihan pengusaha ais.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan sekiranya ada
laporan sebegini orang ramai atau pengadu boleh membuat aduan kepada
pihak mereka dengan menyatakan lokasi serta maklumat syarikat berkaitan.
Katanya, bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian
Kesihatan akan siasat dan jika perlu tindakan, ia akan dilaksanakan.
“Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan garis panduan (SOP) berkaitan
polisi pengurusan keselamatan makanan kepada pengusaha kilang ais yang
wajib mereka patuhi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Semua kilang perlu sijil halal]
“Misalnya nama produk, sumber air yang digunakan untuk penyediaan ais,
sistem rawatan punca air, kaedah pemprosesan ais, spesifikasi
pembungkusan, kaedah penyimpanan dan juga persekitaran kilang,” katanya.
Bagaimanapun, sekiranya pengusaha kilang ais tidak mematuhi syarat yang
ditetapkan, tindakan tegas akan boleh dikenakan mengikut undang-undang
sedia ada terutamanya berkaitan keselamatan dan kualiti makanan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ais kiub tercemar bahayakan pengguna]
“Pengusaha yang melanggar syarat pengendalian boleh digantung atau dibatalkan lesen perniagaan.
“Pelesen hendaklah sentiasa memastikan kesemua peruntukan dalam Akta Makanan 1983 dan peraturan ditetapkan,” katanya.
2 orang berkata:
Tak ada kena mengena dgn ruu 355 ni.
Hampas!
Tulis la pasal ruu 355
Siok ooo baca.
Kat quran tak ada ayat pasal ruu yg walaun cipta neh...
Post a Comment