RoS boleh ambil tindakan, kata Jazlan
PUTRAJAYA - "Tindakan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang
berterusan mempromosikan parti itu sebagai 'Bersatu' hanya akan
mengundang tindakan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)," kata
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Mengulas tindakan Presiden Penaja parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan pimpinan parti itu yang masih menggunakan nama Bersatu pada kain
rentang dan ceramah parti, Nur Jazlan berkata, ia bertentangan dengan
syarat kelulusan yang diberikan RoS, iaitu perlu menggunakan akronim
PPBM dan bukannya Bersatu.
Berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, katanya, penggunaan nama Bersatu bagi
mempromosikan parti boleh menyebabkan pertubuhan itu dibatalkan kerana
jelas penggunaannya melanggar perlembagaan PPBM dan syarat-syarat dalam
akta berkenaan.
"Mereka tidak hiraukan arahan RosS dan RoS boleh mengambil tindakan
kerana parti itu tidak mematuhi syarat kelulusan sesebuah pertubuhan,"
katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Pendaftaran
Negara di sini, hari ini.
Dalam isu berasingan, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid
Ibrahim yang turut serta pada sidang media itu berkata, polis akan
melakukan siasatan menyeluruh terhadap sembilan warga Australia yang
ditahan kerana memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa
menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang,
Ahad lalu.
"Biar kita siasat dulu... kita kena tengok kesalahan lain yang mungkin
dibuat yang tidak dinyatakan yang mewajarkan mereka ditahan," katanya.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali semalam
berkata kesemua lelaki berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan bagi
membantu siasatan berkaitan dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan
untuk memecah-belahkan keamanan serta berkelakuan tidak senonoh di
tempat awam.
Kesemua mereka direman empat hari. Gambar sekumpulan lelaki memakai
seluar dalam Jalur Gemilang viral di laman sosial dan menimbulkan
kemarahan dalam kalangan netizen. - Bernama
1 orang berkata:
ray ban sunglasses
gucci handbags
adidas originals superstar
louis vuitton outlet
north face
ray ban sunglasses outlet
ray bans uk
timberland shoes
hollister outlet
burberry handbags
20171.11chenjinyan
Post a Comment