Kembali sertai Umno? Ini jawapan Mukhriz
KUALA LUMPUR - Naib Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),
Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak berminat kembali kepada Umno walaupun
parti itu sentiasa bersikap terbuka menerima mana-mana individu menjadi
ahli.
"Saya nak tergelak ke terkejut dengan kenyataan itu. Saya dipecat bukan
keluar daripada parti, dan beliau adalah Ketua Penerangan Umno.
"Kalau Presiden parti sendiri pernah menawarkan jawatan Timbalan
Menteri dan dia kata lepas tiga empat bulan boleh diangkat sebagai
menteri penuh bagi mengganti jawatan saya sebagai menteri besar, itu pun
saya tolak apa lagi satu tawaran dari seorang ketua penerangan," kata
Mukhriz selepas sidang media isu cadangan jawatan Perdana Menteri
Malaysia dihadkan selama dua penggal, di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalau Ku Li Umno terima kembali, tambahlah Mukhriz']
Semalam, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menyatakan
kesediaan Umno untuk menerima ahli, termasuk Mukhriz sekiranya masih
berhasrat kembali ke pangkuan Umno.
Jelas Mukhriz, Bersatu bukan sebuah parti sementara yang kononnya akan
kembali ke pangkuan Umno seperti mana berlaku dalam parti-parti sebelum
ini.
Sebelum ini, blogger, Raja Petra Kamarudin menulis, sekiranya Mahathir
ingin melihat Mukhriz menjadi perdana menteri, Mukhriz perlu kembali
menyertai Umno.
"Kami akan kekal, masa untuk Umno telah tamat, kami akan menggantikan peranan yang dipegang oleh Umno selama ini,"katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment