Dr Shahruddin sah terima jawatan Bersatu
MUAR - Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh, Datuk Dr Shahruddin Md
Salleh mengesahkan beliau menerima pelantikan sebagai Setiausaha Agung
Bersatu..
"Ya, terima jawatan itu. Saya juga ahli Bersatu. Ini pun saya isytihar pada Sinar (Sinar Harian) saja.
"Ramai minta news ini, saya tangguh dulu. Saya sibuk sekarang," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga mengulangi perasaan kesal dan marah ekoran
pemecatan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin
daripada parti, 24 Jun lalu.
“Inilah politik dan saya sebenarnya masih sedih Tan Sri (Muhyiddin) dipecat oleh Umno hanya kerana berkata sesuatu yang benar.
“Sedangkan kemelut yang berlaku pada ketika itu dilihat berupaya
merosakkan dan melemahkan parti,” katanya yang juga Adun Jorak ketika
dihubungi Sinar Harian, semalam.
Awal Julai lalu, Dr Shahruddin membuat keputusan melepaskan jawatan
sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh yang disandangnya atas alasan
menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) yang memecat Muhyiddin.
Teka-teki berhubung kedudukan beliau dalam Umno akhirnya terjawab
susulan pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung Bersatu, seperti
diumum kelmarin.
Pengumuman tersebut dibuat Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.
Muhyiddin juga turut mengumumkan seorang akauntan bertauliah lulusan
Ireland yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan, Datuk Mohamed
Salleh Bajuri sebagai Bendahari Agung Bersatu dan bekas Adun Semerak,
Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor sebagai Ketua Penerangan Bersatu.
Sementara itu, pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed
ketika dihubungi berkata, tindakan Dr Sharuddin untuk keluar daripada
parti sebelum ini telah pun diduga.
“Ia sudah dijangka. Namun, Umno Pagoh akan terus bekerja bagi
memastikan rakyat di Dun Jorak dan Bukit Serampang akan terus dibela.
“Ini juga sebagai pengajaran kepada pemimpin atasan untuk memberi ruang
kepada calon tempatan pada masa akan datang berkhidmat kepada rakyat.
Orang luar tidak mempunyai jiwa untuk berbakti kepada masyarakat
setempat seperti Adun Jorak ini.
“Saya yakin orang Dun Jorak mahukan calon wakil rakyat anak tempatan
untuk berkhidmat kepada mereka pada masa akan datang,” katanya.
3 orang berkata:
Anonymous said...
Dah kenapa dulu TGNA tolak?
Takkan TGNA tak faham kot?
Ini sebenarnya usul dari umno 1984 kononnya ingin memartabatkan syariah hakikatnya demi menutup desakkan agar hudud dibuat. Faham kan ?
Kenapa pas menyokong pulak? Atau pas kini sudah pro umno?
Ini strategi umno dan pas (mesra umno) utk menghindarkan isu hudud . Akhirnya mereka ini akan berkata " Isu hudud kita tangguh kerana sudah ada undang2 shariah yg telah dimartabatkan dan juga telah dipersetujui oleh pas melalui ruu private bil mereka"
So siapa yg melopong? Pas juga...terperangkap oleh mainan umno. Kena bijak sikit wahai pengikut pas ...
Jangan menang sorang Kelantan tergadai...
Aku kompom kelantan memang akan tergadai. 99.9% memang aku kompom.
Marang kepunden.
Siapakah calon tempatan itu. Adakah datuk Y..?
Saya cukup yakin umno akan terus lemah jika dipimpin oleh org yg lemah.
Post a Comment