PKR, Pas masih lagi bekerjasama
SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, parti itu akan
meneruskan kerjasama dengan Pas, khususnya dalam pentadbiran di
Selangor.
Menurut Tian Chua, di Selangor, Pas adalah sebahagian daripada kerajaan
negeri dan disebabkan itu kerjasama berkenaan akan tetap diteruskan
selepas ini.
“Tidak timbul isu PKR tidak akan jalinkan lagi kerjasama dengan Pas
selepas ini memandangkan mereka juga sebahagian daripada kerajaan di
Selangor,” katanya, semalam.
Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas,
Nasrudin Hassan, Tian Chua bagaimanapun enggan memberi sebarang
kenyataan berhubung perkara itu.
“Pasal Nasrudin, saya tak nak komen tapi kita memang masih meneruskan kerjasama dengan Pas,” katanya.
1 orang berkata:
Kalu nak kerjasama dgn pas, tinggalkanlah dap. Kalu nak kerjasama dgn dap, tinggalkanlah pas.
Tapi baik tinggalkan pas.
Post a Comment