Serpihan di Mauritius sah milik MH370
SHAH ALAM – Serpihan sayap pesawat yang dijumpai di Pulau Mauritius,
lautan Hindi telah dikenal pasti milik pesawat Malaysia Airlines MH370.
Serpihan itu ditemui pada Mei lalu dan kemudiannya dianalisis oleh
pakar-pakar di Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang
mengetuai pencarian pesawat di kawasan terpencil di laut dan luar pantai
barat negara itu.
“Penyiasat menggunakan beberapa bahagian yang ditemui pada serpihan
untuk mengaitkannya dengan pesawat Boeing 777 yang hilang itu,” kata
agensi tersebut yang dipetik laporan portal The Guardian hari ini.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Liow Tion Lai juga turut mengesahkan perkara itu.
Beberapa keping bangkai pesawat telah terdampar di sekitar pantai
Lautan Hindi sejak pesawat tersebut hilang bersama dengan 239 orang di
atas kapal terbang itu semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing
pada 8 Mac 2014.
Setakat ini, serpihan-serpihan tersebut masih tidak dapat membantu
mengecilkan lokasi utama bangkai kapal terbang itu untuk para penyiasat
mengesan rakaman data penerbangan yang akan menjelaskan misteri pesawat
tersebut menyimpang dari laluan asal.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lagi serpihan dipercayai MH370 ditemui]
Misi pencarian dijangka selesai pada Disember tahun ini dengan keluasan
sebesar 120,000 kilometer persegi di zon carian Lautan Hindi.
Pakar lautan telah menganalisis sayap kepak yang dijumpai di Tanzania
dan juga Pulau La Reunion untuk mengenal pasti potensi kawasan carian
baru melalui ‘drift modelling’.
Walau bagaimanapun, Malaysia, Australia dan China telah mengumumkan
pada Julai lalu bahawa misi pencarian ini akan dihentikan hinggalah ada
bukti baru yang menunjukkan lokasi spesifik pesawat tersebut.
2 orang berkata:
Kapalterbang hilang.
Balak hilang.
Duit cikgu yik hilang.
Apalah nak jadi neh
Paspispus...
Ada tengganu, tengganu hilang.
Ada kedah, kedah hilang.
Ada perak, perak hilang.
Ada kelantan, pun nak hilang juga.
Suey betul marang kepunden ni.
Kena mandi bunga
Post a Comment