Lelaki kena terajang samseng baju merah anggota Polis rupanya
LELAKI memakai baju T Shirt Bersih 5, menunggang superbike yang
diterajang oleh Samseng Baju Merah tempoh hari difahamkan adalah salah
seorang anggota Polis.
Gambar beliau yang lengkap dengan uniform anggota polis turut disebarkan
di media sosial sejak semalam. Nampaknya samseng baju merah sudah silap
orang, penyokong Bersih 5 yang nak dibelasah, malangnya anggota polis
kena terajang.
Pendedahan ini secara tak langsung turut menafikan dakwaan anak buah
Jamal Jamban semalam yang mendakwa Biker Bersih 5 kena terajang sebab
langgar beberapa penyokong Baju merah.
Baca — Biker langgar kumpulan Baju Merah
Aku ada beberapa kawan anggota polis yang pandangan politiknya cenderung kepada pembangkang. Namun mereka tak berani untuk sertai apa-apa program berkaitan pembangkang kerana bimbang dibuang kerja.
Baca — Biker langgar kumpulan Baju Merah
Aku ada beberapa kawan anggota polis yang pandangan politiknya cenderung kepada pembangkang. Namun mereka tak berani untuk sertai apa-apa program berkaitan pembangkang kerana bimbang dibuang kerja.
Pada pendapat aku, mamat yang kena terajang dengan samseng baju merah
ini bukanlah datang menyokong Bersih 5 secara tulen, tetapi beliau
sebenarnya sedang bertugas sebagai SB, atau mata-mata.
Tidak ada masaalah anggota Polis nak menyamar jadi penyokong Bersih untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Aku percaya dalam kalangan Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal
Jamban pun tentu ada SB yang menyelinap untuk menjaga keselamatan. Ini
tugas Polis kita faham.
Cuma nasib tak baik jika anda SB kena menyamar jadi penyokong Bersih,
terpaksa merasa sakit kena terajang dengan samseng baju merah.
Kalau menyamar jadi samseng baju merah insya Allah tak ada siapa nak
terajang sebab baju kuning memang dilarang melakukan keganasan. Jika ada
penyokong Bersih lakukan keganasan, serta merta kita tahu itu bukan
penyokong Bersih.
Seperti semasa Bersih 4, ramai penyokong Bersih sudah siap siaga untuk
tangkap mana-mana individu berbaju kuning yang buat provokasi atau
bertindak ganas, ramai yang bawa 'cable tie' sebab mereka tahu kalau ada
yang buat provokasi atau bertindak ganas mereka itu bukanlah penyokong
Bersih sebaliknya penyamar yang mahu sabotaj Bersih.
Berbeza dengan Samseng Baju Merah, anak buah terajang orang pun ketuanya
si Jamal Jamban boleh pertahankan siap sokong dan galakkan anak buah
dia bertindak ganas.
0 orang berkata:
Post a Comment