Juanda: Pengumuman kerajaan hiris hati saya
SHAH ALAM - “Pengumuman bahawa projek jambatan yang menghubungkan
Daerah Matu ditangguhkan sehingga tahun 2018 menghiris hati saya,”
demikian kata Adun Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya.
Menerusi laman sosial Facebook, Juanda melahirkan rasa marah dan kecewa
dengan penangguhan tersebut selepas ia diluluskan di bawah Rancangan
Malaysia (RMK) ke-11.
Menurutnya, kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf
bukan sahaja mengguris hatinya malah penduduk di kawasan tersebut yang
selama ini penyokong setia BN.
“Kasihan penduduk kita yang selama ini cukup setia. Setiap kali
menunggu feri, suara kekesalan penduduk tidak dapat disembunyikan lagi.
“Alhamdulillah, telinga saya belum pekak untuk mendengar keluhan rakyat
di bawah sana setiap minggu apabila melawat kawasan. Mulut saya pun
tidak dapat bisu untuk bercakap tentang kepentingan rakyat yang juga
adalah rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berharap rakyat di kawasan pesisir Melanau tidak dijadikan masyarakat kelas kedua.
“Kasihan rakyat di kawasan pesisir Melanau. Mereka juga dahagakan pembangunan seperti rakyat di bandar.
“Takkan kawasan kami tidak ada beza sejak dari sebelum merdeka lagi.
Kalau ada yang tidak percaya, sila ke kawasan saya,” katanya.
Tegasnya, permintaan penduduk Kampung Igan agar jambatan lalu dalam kawasan kampung diambil perhatian.
“Pegawai kerajaan yang terbabit memberi pandangan tentang lokasi
jambatan diharap ingat bahawa kerajaan yang ada, dibentuk dengan undi
orang kampung, bukan dengan senioriti.
“Ada mata jangan buta, ada telinga jangan pekak, ada mulut jangan bisu.
Ingat, pembangunan dan politik berpisah tiada,” katanya.
2 orang berkata:
Tak apa DrJuanda, itu perkara biasa BN memang kaki tipu. Ditipu hal dunia masih ok. Jgn jadi mcm ahli pas, ditipu kononnya jadi ahli pas dapat tiket terus ke syurga.
Juanda selama ni kau makan tak rasa ke yang kau makan itu dedak! Dulu diam sebab umno bagi makan dedak berlauk kan....
Post a Comment