Keputusan semakan kes Anwar ditangguh
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menangguhkan keputusan
semakan yang dikemukakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim terhadap sabitan bersalah dan penjara selama lima tahun kerana
kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri
Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan keputusan itu selepas selesai
mendengar hujahan yang dikemukakan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan hujahan
balas oleh pendakwa raya Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Korum itu turut dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Tan
Sri Richard MalanjumTan Sri Hasan Lah; Tan Sri Abu Samah Nordin; dan
Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Selain Ahmad Kamal, pasukan pendakwa raya dibarisi Awang Armadajaya
Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul
Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.
Anwar pula diwakili peguam, Datuk Sri Gopal Sri Ram, N Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, J Leela dan Latheefa Koya.
Semakan itu merupakan usaha kedua Anwar supaya dibebaskan daripada
tuduhan meliwat selepas Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pada 16
Mac tahun lalu, menolak petisyen pengampunan Anwar dan menyatakan
hukuman penjara lima tahun terhadapnya perlu diteruskan.
Anwar memfailkan semakan itu mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
2 orang berkata:
SERBAN TEBAL GILA TAPI NAK BAYAR HUTANG KAT KAPIR LIAT NAK MAMPOOOOSS
Wahabi pun klu nak bayar hutang dia bayar awal bulan. Walaon sampai lepas akhir bulan pun tak nak bayar lagi...maklumlah ada no keahlian masuk syurga.....
Post a Comment