Pas sambut baik gesaan mufti
IPOH - Pas Perak sambut baik sokongan Mufti Perak, Tan Sri Harussani
Zakaria terhadap Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah
Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibentangkan Mei lalu.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, sokongan itu menguatkan lagi
usaha parti berkenaan untuk membawa usaha memperkasa perkara berkaitan
umat Islam.
“Alhamdulillah beliau menyokong isu RUU 355 tidak perlu dipolitikkan kerana ia adalah tanggungjawab semua umat Islam,” katanya.
Sebelum itu, beliau bersama pimpinan Pas Perak membuat kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Perak, di sini.
Razman berkata, dalam pertemuan selama dua jam itu, Harussani berkongsi
cerita bagaimana usaha generasi terdahulu yang mahu menaik taraf
mahkamah syariah.
“Beliau sokong usaha Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
meminda Akta RUU 355 dalam persidangan Parlimen kerana ia adalah
tanggungjawab seorang pemimpin Islam,” katanya.
Razman berkata, Harussani turut merakam ucapan tahniah atas pelantikan Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas.
Katanya, Harussani mengakui pernah bergandingan dengan Hashim dalam program untuk pembentangan berkaitan isu umat Islam.
“Beliau menyatakan Hashim memang layak diberikan kepercayaan kerana
ilmu yang dimiliki serta keperibadiannya sesuai berada di tempat
terbabit malah beliau (Harussani) pernah duduk semeja membincangkan
mengenai kertas kerja berkaitan hal ehwal umat Islam Malaysia,” katanya.
2 orang berkata:
CADANGKAN SUPAYA DIA JUGA TOLAK PUAK TAKFIRI. ALLAH BENCI PUAK TAKFIRI. ADA DLM QURAN SEBUT. PUAK NI BAHAYA MCM SYIAH DAN WAHABI JUGAK.
Kafir (bahasa Arab كافر kāfir; plural كفّار kuffār) secara harfiah bermaksud orang yang menyembunyikan atau mengingkari kebenaran. Dalam terminologi kultural perkataan ini digunakan dalam agama Islam untuk merujuk kepada orang-orang yang mengingkari nikmat Tuhan (Allah) (sebagai lawan dari kata syakir, yang bermaksud orang yang bersyukur). [1]
Kafir berasal dari perkataan kufur yang bermaksud ingkar atau menolak.
Post a Comment