Deklarasi Rakyat: Tunggu keputusan Majlis Raja-Raja
ALOR SETAR - Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bermula hari ini dilihat
amat penting untuk raja-raja menterjemahkan kuasa dan ungkapan ‘Raja dan
rakyat berpisah tiada’ dengan memahami kandungan Deklarasi Rakyat.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun sukar
untuk Majlis Raja-Raja khususnya Yang di-Pertuan Agong untuk memenuhi
tuntutan Deklarasi Rakyat, sekurang-kurangnya Majlis Raja-Raja boleh
memperakui kandungan Deklarasi Rakyat yang di tandatangani 1.2 juta
rakyat.
“Pengiktirafan itu penting walaupun tidak berupaya untuk memecat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rakyat sudah hilang
kepercayaan terhadap Najib tetapi tidak dapat bertindak memecatnya
kerana halangan perundangan,” katanya.
Menurutnya, walaupun wujud pertikaian dalam mentafsirkan kandungan
kuasa Agong dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sudah cukup bagi
mengubat luka hati rakyat Malaysia jika baginda bersetuju dengan
tuntutan itu.
“Rakyat menanti dengan penuh debaran apakah keputusan Majlis Raja-Raja
yang bermesyuarat hingga Khamis ini, bagi membincangkan hal-hal
berkaitan kepentingan rakyat dan negara. Rakyat berdepan keperitan hidup
menanggung kos hidup yang meningkat bawah pentadbiran Najib,” katanya.
Mahfuz berkata, adalah tidak wajar Majlis Raja-Raja membiarkan keadaan itu terus berlarutan dan menjadi lebih buruk.
Pada 4 Oktober lalu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah
menghantar surat kepada semua raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri
memaklumkan usaha yang dilakukan menerusi Deklarasi Rakyat dan berharap
Majlis Raja-Raja akan membuat ketetapan mengambil tindakan terhadap
Najib.
2 orang berkata:
Ampun tuanku..kalau tuanku2 x boleh nk tlg rakyat perbetulkan segala kepincangan pimpinan dlm negara yg aku cintai ini..lbh baik aku x ada sultan..aku x halalkan duit cukai aku utk menyara kehidupan tuanku semua..biarlah rakyat derita entah sampai bila..ampun tuanku..
oakley sunglasses outlet
coach outlet store online
polo ralph lauren uk
cheap ray ban sunglasses
toms sale
coach outlet online
ugg outlet store
gucci outlet
christian louboutin shoes
louis vuitton outlet
20171.11chenjinyan
Post a Comment