Pas tetap utamakan Gagasan Sejahtera
SHAH ALAM - Pas akan mengutamakan Gagasan Sejahtera yang disertai Parti
Ikatan berbanding gabungan dengan parti-parti politik lain di negara
ini.
Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang bentuk
kerjasama dengan mana-mana parti politik baharu seharusnya dapat
diterima oleh parti dalam Gagasan Sejahtera sebagaimana yang
dipersetujui dalam muafakat dimeterai sebelum ini.
“Oleh itu, sebarang ura-ura kerjasama Pas bersama mana-mana parti baru
adalah tidak rasmi sehingga adanya kenyataan rasmi bersama Gagasan
Sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan memaklumkan parti Islam
itu menolak mana-mana parti politik yang mendukung dan bekerjasama
dengan DAP.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memberitahu, Pas sentiasa terbuka untuk
bekerjasama dengan mana-mana parti baharu yang sudi memperjuangkan
matlamat selari dengan Gagasan Sejahtera.
“Setakat ini, Pas akan pertahankan kerusi tradisi parti yang
kebanyakannya bertembung dengan Umno, dengan segala kemampuan yang ada,"
katanya.
Sementara itu, Tuan Ibrahim memaklumkan, kewujudan pelbagai parti
baharu menjelang pilihan raya adalah satu fenomena di mana sistem
demokrasi dalam negara semakin rancak.
Namun begitu, beliau tetap mengingatkan setiap parti seharusnya fokus
dalam menyediakan jentera terlebih dahulu sebagai strategi pilihan raya
yang paling utama sebelum memikirkan soal kerusi.
“Pas akan terus menggerakkan jentera parti dengan kemampuan yang sedia
ada selain kesungguhan kerja para ahli serta petugas,” katanya.
5 orang berkata:
Utamakan PIGS (PAS , IKATAN , GAGASAN SEJAHTERA )
Itu juga dikenali sebagai MONYET
PIGS = MONYET
Pas parti bengong..tiada pendirian..
Parti munafik..sampai sekarang x saman SR pasal 90juta..atau dah jadi taik..
pas ngan parti2 korang yg lain sama je tahap barua dia..cuma pas ni special sikit..dia boleh jual syurga neraka dosa pahala halal haram untuk raih undi manusia hehehe..ha tu je la special dia..
Umno dgn Pas sama jer. Satu jual bangsa, satu lg jual agama. Hakikatnya dua2 parti ini terlalu byk menipu, menyamun dan merosakkan. Pengkhianat melayu dan Islam dulu, kini dan selamanya.
Lenyap dua2 parti ni Msia akan bertambah maju dan makmur.
Post a Comment