Mufti bimbang penularan Syiah di Perlis
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyatakan kembimbangan terhadap penularan syiah di Perlis.
Beliau mendakwa, gerakan syiah di negeri itu turut dipercayai berkait rapat dengan sebuah parti politik.
"Syiah masuk ke Perlis melalui pertubuhan tertentu. Saya juga mendapat
maklumat daripada pihak keselamatan mengenai pertubuhan itu.
"Mereka ini bergerak di atas landasan kebajikan dan kemudian mereka
menyebarkan pemikiran. Ada juga parti politik yang sama ada sengaja atau
tidak, tahu atau pun tak, ahli-ahlinya semua terlibat termasuk
peringkat kepimpinan," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar
Harian semalam.
Beliau juga tidak menolak bahawa idea yang dibawa oleh mazhab syiah itu
turut menjadi sebab utama ia dapat berkembang di negeri itu.
“Penggunaan idea seperti Ahlul-Bait dan juga jenayah para sahabat Nabi turut menjadi penyebab mazhab ini berkembang.
“Tambahan pula, orang Islam kini sedang mencari seorang pemimpin yang boleh membawa ke arah sebuah negara Islam,” katanya.
Menurutnya, penularan syiah boleh mencetuskan satu provokasi ketegangan yang membahayakan dalam negara.
“Kewujudan syiah dalam kerangka Malaysia dan orang Islam akan
mencetuskan krisis keselamatan kerana perebutan kuasa yang mempunyai
tabiat agama.
“Perkara ini telah berlaku di negara-negara Islam yang lain melibatkan
Mazhab Syiah dan Sunni hingga wujudnya persengketaan,” katanya.
Tambahnya lagi, politik di negara ini sendiri menggunakan agama untuk
menguasai tampuk kekuasaan dan mendapatkan pengaruh politik.
“Sekiranya agama dan politik dicampurkan secara matang maka ia bagus.
Namun jika agama dan politik dicampur secara tidak serius, ia akan
menjadi alat untuk mendapatkan pengaruh politik sahaja.
“Realitinya di Malaysia ini dalam konteks pemerintah membawa idea yang
mereka anuti. Oleh sebab itu, syiah kini menyasarkan ahli politik untuk
memegang tampuk kekuasaan,” katanya lagi.
Oleh itu, beliau berharap perkara yang telah terjadi di negara-negara Islam lain tidak berlaku di Malaysia.
“Syiah ini bukannya satu perkara yang boleh dianggap kecil. Jika tidak
dipantau ia boleh menjadi satu pergolakan yang sukar untuk kita keluar
daripadanya,” katanya.
2 orang berkata:
PENULARAN PUAK TAKFIRI JUGA PERLU DIKHUATIRI. TAKUT YG BUKAN GENG WALAUNTA SEMUA DIANGGAP JATUH IMAN DAN BOLEH TANAM JIRAT CINA.
wwhabi takfiri tu adik beradik je..2 2 terkeluar jalur 2x5 huhu
Post a Comment